Masalah Penternakan Kambing

Setiap perniagaan ada pasang surutnya. Begitu juga dalam bidang ternakan kambing. Terdapat masalah penternakan kambing. Korang mesti bersedia jika menghadapi masalah dalam penternakan kambing. Namun, setiap masalah ada penyelesaian dan cara menghadapinya.

Masalah Penternakan Kambing

Disini disenaraikan antara masalah penternakan kambing yang selalu dihadapi oleh penternak iaitu;

  1. sukar mendapatkan makanan
  2. penyakit kambing
  3. kecurian
  4. kambing melompat dari pagar
  5. tidak pulang modal
  6. kurang permintaan
  7. kambing kurus
  8. perlukan modal tambahan
  9. sukar untuk mendapatkan pinjaman
  10. keracunan
  11. pembahagian induk yang salah
  12. kecacingan
  13. kematian

Penerangan tentang masalah penternakan kambing

Berikut sedikit penerangan mengenai masalah penternakan kambing yg sering terjadi. Ada di antara masalah-masalah ini di luar kemampuan bahkan di luar kawalan kita. Ideanya ialah cuba minimumkan sebanyak yg boleh kerugian yg bakal ditanggung.

1) Sukar mendapatkan makanan

Makanan utama kambing ialah rumput. Ada juga di kawasan yang tiada rumput. Lalu apakah makanan yang korang boleh beri? Pada pendapat aku,aku lebih mudah menyimpan makanan dan makanan tambahan. Yang lebih sukar ialah apabila kambing bertambah. Jadi sumber makanan perlu bertambah. Ada juga sesetengah penternak tidak ambil endah. Ha korang jangan begitu. Makanan adalah sumber atau permasalahan yang utama yang perlu penternak selesaikan.

Makanan ialah perancangan yang perlu penternak rancang. Korang perlu ada makanan simpanan,tambahan dan persediaan sekiranya makanan sukar didapati. Ada juga antara sebab sukar makanan didapati ialah kerana musim banjir. Jadi, penternak perlu bersedia jika tiada sumber makanan utama. Aku syorkan supaya korang sentiasa meninjau kawasan yang mempunyai makanan utama. Kerana kawasan rumput tidak ada orang marah sekiranya korang ambil tanpa izin pun.

2) Penyakit kambing

Bila bercakap pasal penyakit kambing,semua yakin apabila bagi ubat hilanglah penyakit itu. Namun, penyakit kambing boleh menyebabkan kematian. Dan ia berisiko kerugian. Ini juga salah satu masalah penternakan kambing.

Penyakit kambing yg biasa menyerang ada lima (5) iaitu:

  • kecacingan
  • keracunan
  • cirit birit
  • kembung perut
  • penyakit puru,
  • radang paru-paru

Setiap penyakit ada ubatnya. Salah satunya ialah letak ubat krim untuk penyakit puru. Memberikan air garam untuk penyakit cirit birit. Untuk sakit kembung ubat penahan kembung. Untuk radang paru-paru berikan ubat antibiotik.

3) Kecurian

Peratus kecurian agak sedikit dan jarang laporan dibuat. Selalunya kecurian berlaku akibat orang dalam. Atau akibat kecuaian penternak. Berkemungkinan keraba pagar terbuka, atau ketidakpuas hati pekerja. Oleh itu, jangan menyakiti hati orang agar kita semua tidak dibenci.

Akibatnya kambing ternakan korang yang menjadi mangsa. Kemudian, korang juga yang akan mengalami kerugian yang besar. Itu juga masalah penternakan kambing. Kecurian yang kurang berlaku,tetapi boleh berlaku.

4) Kambing melompat dari pagar

Masalah penternakan kambing yang ini agak jarang didengari. Orang melompat pagar selalu juga aku dengar hehe… Kambing melompat pagar ini adalah kerana penternak salah ukur ketinggian pagar. Ketinggian pagar adalah ditetapkan minimun setinggi 4 kaki ke atas. Jika pagar yang dibina lebih rendah dari itu, risiko untuk kambing melompat adalah tinggi peratusannya.

5) pembahagian induk yang salah

Masalah penternakan kambing yang seterusnya ialah penternak tersilap dalam peratusan pembahagian induk. Contohnya, penternak memilih kesemuanya kambing jantan atau betina. Atau risiko penternak memilih nisbah jantan kepada betina dengan nisbah 1:2.

Jika 60 ekor kambing dibeli, tetapi penternak hanya memilih untuk 40 ekor betina selebihnya yakni 20 pula jantan. Ini akan berisiko kurang mendapat hasil anak kambing. Kerana kita tidak tahu tahap kesuburan kambing betina tersebut. Mungkin mandul. Mungkin belum matang.

Dalam perancangan membeli jantina induk kambing, korang perlu tahu bahawa nisbah jantan mestilah sedikit. Untuk seekor kambing jantan, ia boleh membuntingkan 20-40 ekor kambing betina. Jadinya korang nampakkan nisbah jantan dan betina yg betul, yakni 1:20 (minimum).

Korang kena tahu, kambing betina hanya beranak 2 kali dalam setahun. Itupun jika bernasib baik. Selalunya setahun sekali sahaja.

6) Kurang permintaan

Kambing ada juga pasang surut dalam jualan. Jualan kambing kadang-kadang bermusim. Biasanya, musim akhir tahun, musim hari raya dan musim perayaan tertentu akan meningkatkan permintaan. Jadi, jika masa tiada permintaan daripada pembeli, itu saat yang penternak harus bersabar. Pada saat itu, untuk pusingan modal. Duit simpanan daripada jualan sebelum ini amat diperlukan.

7) kambing kurus

Kambing kurus juga merupakan masalah penternakan kambing. Mana kan tidak, jika pembeli ingin membeli kambing. Yang gemuk pilihan utama. Kurus tidak. Itulah masalah jika kambing kurus.

Jualan akan merundum dan itu menjadi masalah penternakan kambing. Korang mesti keluar modal untuk berikan makanan tambahan supaya kambing-kambing gemuk belaka.

8) perlukan modal tambahan

Itu lah yang dikatakan sediakan payung sebelum hujan. Modal tambahan ini masalah kecil. Korang perlu ada modal tambahan untuk masalah penternakan kambing akan datang.

Contohnya, kambing semakin banyak. Jadi sumber makanan dan kandang perlu diperbanyakkan. Penyakit bila bila masa menyerang. Jadi modal perlu ada untuk ubat-ubatan. Itulah gunanya modal tambahan. Dimana korang boleh menggunakan semasa kecemasan. Semasa perkara tidak diingini berlaku.

9) tidak pulang modal

Masalah penternakan kambing dalam soal tidak pulang modal. Tidak pulang modal atau pusingan modal. Adakah dua perkara ini sama? Atau berbeza? Ye, sama. Ada segelintir penternak, sudah jual seekor. Duit itu diguna beli itu dan ini. Tidak. Itu adalah cara yang salah.

Korang perlu tahu, bila titik pulang modal. Kumpul sehinga berjaya dapat kembali modal yg dilaburkan. Kemudian selebihnya itu untung korang. Selepas pusingan modal dibuat. Selebihnya adalah modal tambahan. Begitu caranya.

Jangan kehabisan modal, korang akan merasa kerugian yang besar. Itu yang mengakibatkan korang gulung tikar. Kerana tidak menjaga kewangan dengan betul.

10) sukar untuk mendapatkan pinjaman

Apabila modal tiada pusingan, pasti korang mati kutu. Tiada artenatif lain kecuali pinjaman. Itu yang selalu berlaku. Jadi, untuk pinjaman seterusnya selepas yang pertama kali meminjam. Pasti sukar, banyak hal dan banyak prosedurnya. Itulah sebabnya modal perlu disimpan atau dipusing semula. Supaya tiada masalah dalam kewangan. Dan korang tidak perlukan pinjaman.

11) keracunan

Selepas topik kambing keracunan makanan. Sehingga menyebabkan cirit-birit. Ini pula topik keracunan makanan akibat racun perosak atau racun rumput. Ia mengakibatkan kematian 100%. Ini satu kerugian yang besar jika ia terjadi. Itu sebab jangan lepaskan kambing korang ke kawasan luar kandang atau kawasan orang lain. Ini kerana korang tidak tahu apakah selamat atau tidak. Risiko kematian akibat racun rumput atau racun pokok ini tidak tinggi peratusnya. Jika korang menjaga kawasan dan menjaga kambing agar tidak keluar dari kawasan tertentu.

12) kecacingan

Setiap kambing walaupun sihat boleh mendapatkan penyakit cacing. Penyakit cacing bileh diubati. Beli ubat pun perlukan modal hehe.. Persediaan modal perlu untuk bersedia dalam masalah penternakan kambing. Kecacingan ini boleh menjangkiti kambing lain juga. Jadi ia berisiko berpanjangan. Jika korang dapat kesan kambing yang dijangkiti. Asingkan ia. Selepas sihat baru lepaskan bersama kambing yang lain.

13) kematian

Risiko paling besar dalam masalah penternakan kambing ialah kematian. Kambing yang mati tiada ubatnya. Hanya tanam sajalah. Sebab itu, apabila kambing diserang apa pun penyakit, ikhtiarkan sedaya-upaya ubat untuk penyakit kambing itu. Kerana apabila mati, korang akan mengalamai dua kerugian yang besar. Apatah lagi kambing yang gemuk.

Pertama, dari kerugian akibat kematian kambing tersebut. Kedua, masa juga terbuang. Apa tidaknya. Masa terbuang untuk membela semula anak kambing dan menjaga anak kambing sehingga gemuk akan mengambil masa.

Untuk mencegah perkara itu, korang boleh menyediakan ubat untuk kambing gemuk dan sihat. Dan sediakan ubat sebelum penyakit menyerang.

Masalah penternakan kambing dapat diselesaikan atau dapat dikurangkan kesannya jika korang bersedia.

Bersedia dari semua aspek yg sudah kita bincangkan di atas. Sekian.

Panduan Memulakan Penternakan Kambing

Penternakan kambing memang kerjaya yg menjanjikan pulangan yg lumayan kalau kena caranya. Bagi korang yg berminat menternak kambing dan serius menambah pengetahuan. Korang digalakkan mendapatkan rujukan di bawah:

Panduan memulakan penternakan kambing

Semoga berjaya kepada bakal-bakal penternak kambing sekalian.

Penutup

Korang minat nak ternak kambing kampung? Idea yg bagus! Tapi sebelum tu, baca dulu cara ternak kambing kampung yg betul ini. Jgn main hentam saja..

Penjagaan kambing boleh dikatakan ‘agak’ mudah tetapi ‘banyak’ juga yg perlu dibuat. Jom baca beberapa cara penjagaan kambing ini..

Umum mengetahui makanan utama kambing adalah rumput. Tapi tahukah korang, banyak lagi sebenarnya makanan kambing selain rumput? Ayuh ketahuinya di sini..

Susahlah bela kambing. Kena ada modal besar. Kena buat kandang lagi. Tapi tahukah orang, sebenarnya boleh aje bela kambing kecil-kecilan. Tak percaya?

Leave a Comment

error: Content is protected !!