Cara Penjagaan Kambing

Dalam kaedah menjaga kambing, ia boleh dikatakan ‘agak’ mudah tetapi ‘banyak’ cara penjagaannya. Kambing ni sejenis haiwan yg tahan lasak tetapi tidak suka basah. Jom kita lihat beberapa cara penjagaan kambing di bawah..

Cara Penjagaan Kambing

Tempat perlindungan

Cara penjagaan kambing yg pertama ialah menyediakan tempat perlindungan. Tempat perlindungan ialah kandang untuk kambing. Kambing memerlukan kandang dan boleh jatuh sakit jika tiada tempat perlindungan yg baik. Struktur asas kandang kambing ada tiga (3).

Yang pertama sisi terbuka. Sisi terbuka supaya udara mudah keluar masuk. Bau kambing tidak akan terkumpul. Dan tidak akan berlaku suasana panik di antara kambing jika persekitaran tanpa udara keluar masuk.

Yang kedua ialah ruang dalam kandang 20 kaki persegi. 20 kaki persegi ruangan dalam kandang supaya tidak berlaku kepadatan. Apabila padat, kambing akan bergaduh. Akibat bergaduh,akan berlaku kecederaan atau kematian.

Ketiga ialah lantai yang baik untuk saluran/saliran yang baik. Supaya lantai tidak reput. Korang pilihlah lantai seperti kayu atau rotan. Kayu lebih diutamakan sebenarnya.

Tempat tidur

Untuk tempat tidur kambing, tidak perlu disediakan jerami. Tetapi, jika musim panas. Jerami diperlukan kerana haba pada kayu sangat panas. Ia akan membuat kambing tidak selesa. Jerami boleh juga dijadikan bahan makanan. Tapi jika ada najis, ia tidak sesuai.

Sesetengah penternak membuat katil untuk kambing. Katil? Ya, katil. Katil yg disediakan daripada kayu. Jika korang menyediakan katil untuk kambing, ada tempoh masa untuk pembersihan. Seminggu sekali katil tersebut patut dibersihkan.

Namun, jika musim sejuk, sebulan sekali sudah memadai. Biar betul? Ini kerana dalam cuaca sejuk kambing tidak suka diganggu.

Korang perlu ambil tahu tentang kesukaan dan yang kambing tidak suka. Selain tidak suka basah, kambing jg sejenis haiwan yang suka melanggar kandang atau pagar.

Disebabkan itu, kambing digelar haiwan ternakan yang lasak dan kasar. Korang juga boleh ditendangnya jika ia tidak suka. Berhati hati korang. Jangan korang tendang semula pula. Hehe..

Pagar dan jenis dawai kandang

Pagar yang bersesuaian dalam cara penjagaan kambing ialah dawai elektrik, tenunan, dawai dikimpal dan panel lembu. Dawai pagar elektrik sesuai hanya di padang atau di kawasan lapang. Tidak sesuai di dalam kandang.

Pagar tenunan boleh digunakan untuk kandang . Tapi penternak boleh gunakan dua atau tiga lapis. Ini kerana kambing sangat agresif. Peratus untuk pagar putus atau bengkok adalah tinggi.

Dawai dikimpal selalu digunakan namun kerap ditukar. Ditukar kerana selalu pecah dan koyak akibat disondol kambing. Jika korang punyai modal yang kurang, dawai dikimpal boleh digunakan.

Panel lembu tidak memerlukan kandang. Panel lembu sejenis pagar besi yang sesuai untuk terus dipacak kepada tanah. Kedalaman pacakan pagar tersebut lebih 3 kaki. Ia mahal tapi tidak besar modal kerana tidak perlu kandang. Namun,kes kecurian sangat tinggi.

Dan kes kambing dimakan atau dicederakan oleh binatang adalah tinggi peratus. Pagar panel lembu tidak menjamin keselamatan. Setiap pagar atau pagar dalam kandang dibina setinggi 4 kaki tingginya. Supaya kambing tidak dapat melompat keluar. Apabila korang melawat atau merawat, kambing akan melompat.

Kenapa melompat keluar? Antara sebabnya ialah kambing tersebut inginkan perhatian atau ketakutan mahupun rimas. Kambing pun inginkan perhatian? Ya, selain itu ia akan bertindak agresif jika terlalu lapar.

Kalau korang perasan,setiap kali korang memberi makan. Pasti ia akan menghampiri bukan? Itulah tanda kambing itu mahu perhatian. Apabila korang suap seekor kambing yang lain, yang lain pasti ingin disuap (diberikan makanan) juga.

Perkara yang korang lakukan pada seekor kambing. Maka, kambing yang lain akan mendekati dan ingin diperlakukan perkara yang sama.

Ruang luar untuk kandang kambing Ruang luar diperlukan 200 kaki persegi. Lebih luas lagi bagus. Di ruang luar inilah semua kambing akan dibebaskan. Jika tidak di padang. Ada juga sesetengah penternak membuat rutin. Seperti seminggu sekali di kawasan lapang. Supaya kambing tidak rasa terkongkong. Kambing akan rasa terikat dan boleh memberontak jika dikongkong.

Air segar dan makanan tambahan

Dalam cara penjagaan kambing yg seterusnya, air segar dan makanan tambahan diperlukan. Pantau kesihatan dan kuantiti makanan dan minuman kambing. Melawat tapak kandang setiap hari di jam atau waktu yg hampir sama.

Kambing akan tahu waktu yang korang akan lawati. Ia akan merasa dihargai. Aneh ya sikap dan cara penjagaan kambing ini. Macam menjaga jiwa pula. Tapi ya, itulah kebenaran. Apabila menjaga kambing, seperti menjaga anak pula.

Makanan biasa seperti rumput dan dedaun boleh dibungkus. Kenapa bungkus? Bungkus bertujuan supaya tidak bersepah. Dan bertujuan untuk memahami kambing sifat setia kawan. Sekawan kambing akan berkongsi makanan yang dibungkus. Dibungkus rapi supaya kiraan korang pun senang dan mudah. Supaya makanan mengikut sukatan.

Untuk kambing yang bunting, makanan dan minuman mesti lebih dari biasa. Makanan diberi lebih juga pada ketika cuaca panas. Minuman juga perlu dilebihkan pada masa itu. Itulah yang aku katakan lebih perhatian.

Penjagaannya juga seperti menjaga anak. Korang perlu memberi air segar. Pada musim sejuk, kambing tidak akan minum air yang sejuk. Hehe . Bukan main lagi kambing ye. Kambing hanya akan minun air suam sahaja. Jadi korang sediakan air suam, pada cuaca sejuk atau pada waktu pagi. Jumlah air pula misalnya begini – sebanyak 5 galon baldi sehari ketika cuaca sejuk. Jika cuaca panas, lebih dari 7 galon sehari.

Penjagaan Anak kambing

Cara penjagaan kambing atau anak kambing. Apakah ada beza menjaga kambing dewasa dan anak kambing? Untuk menjaga anak kambing yang baru lahir, ia sedikit berbeza.

Berikut dua situasi dalam menjaga anak kambing..

Pertama, anak kambing boleh terus menyusu semulajadi. Kedua, anak kambing tidak dapat menyusu langsung dari ibunya.

Untuk yang pertama tiada penjagaan yang istimewa. Untuk yang kedua, penjagaan ialah dengan pemberian susu selama tiga minggu diperlukan. Cara memberi susu menggunakan botol. Sukatan susu pula mengikut jumlah berat anak kambing.

Korang timbang berat dan persamaan 10-12% auns untuk berat anak kambing itu. Susu diberi 3 hingga 4 kali sehari.

Dalam cara penjagaan kambing, terutama anak kambing ini. Susu tepung dan susu tin tidak dibenarkan. Ia akan mengakibatkan keracunan dan sakit perut. Malah boleh membawa maut.

Di dalam susu lembu atau yang disyorkan oleh doktor. Korang perlu menambah vitamin dan nutrisi. Supaya anak kambing mendapatkan kebaikan untuk pembesaran yang sihat. Andai susu lembu diberikan, cara bancuhan ialah tambah dengan 3 sudu sirap jagung.

Jika penternak bernasib baik, ibu kambing bekerjasama untuk memberi susunya. Jika ibu kambing ibu muda, ia akan menolak anaknya. Itu yang terjadi sehingga anak kambing terabai dan mati.
Selepas anak kambing berusia 3 minggu keatas, penternak boleh mengajar makan. Makanan yang boleh diberi daun kering dan dedak.

Penjagaan rutin Lain

Cara penjagaan kambing yang rutin. Akhir sekali aku selitkan penjagaan rutin mingguan tu bulanan. Pertama, kuku kambing dipotong setiap bulan. Dipotong dengan cara membawa kaki kambing di tepi sudut. Ada cara pemotongan dan tidak menyakitkan.

Pemeriksaan kecacingan secara mingguan. Jika didapati ada kambing yang terjangkit, ubat diberikan. Doktor akan mensyorkan memberi ubat cecair atau pil. Penternak yang akan memberikan kerana kambing lebih mempercayai penjaganya.

Mengapa setiap minggu? Kerana kes cacing yang teruk. Kes yang teruk boleh membawa kematian. Dan mengakibatkan kerugian. Jadi itu yang perlu kita hindari.

Seterusnya vaksinasi. Untuk vaksinasi kambing, ia dilakukan 2 kali setahun. Setiap enam bulan vaksinasi dilakukan mengelakan penyakit tetanus. Penyakit tetanus perlu dielakkan.

Seterusnya ialah bersedia jika kambing memecahkan atau mematahkan tanduk. Apa itu? Kambing suka menyondol dan berlawan sesama kambing. Ada diantaranya akan mengakibatkan tanduk pecah atau patah. Persediaan dari segi kawasan kandang atau pagar yang bersesuaian bagi mengelakkannya.

Namun sukar juga dielakkan kerana mereka menanduk sesama sendiri. Ada juga sesetengah kambing menanduk dinding. Entah kenapa. Disebabkan itu, persediaan yang perlu ada ialah kabinet ubat.

Kabinet ubat antara yang perlu disediakan. Ini dipanggil situasi kecemasan. Setiap kandang ada kabinet ubat untuk persediaan dalam kes kecemasan.

Untuk panduan yg lebih lengkap dan detil mengenai cara penternakan kambing, korang boleh rujuk panduan di bawah.

Panduan Memulakan Penternakan Kambing

Penternakan kambing memang kerjaya yg menjanjikan pulangan yg lumayan kalau kena caranya. Bagi korang yg berminat menternak kambing dan serius menambah pengetahuan. Korang digalakkan mendapatkan rujukan di bawah:

ebook ternak kambing - panduan memulakan penternakan kambing

Semoga berjaya pada bakal-bakal penternak kambing sekalian.

Penutup

Korang minat nak ternak kambing kampung? Idea yg bagus! Tapi sebelum tu, baca dulu cara ternak kambing kampung yg betul ini. Jgn main hentam saja..

Leave a Comment

error: Content is protected !!