Makanan Kambing Biar Cepat Gemuk

Rata-rata sudah mengetahui, makanan utama kambing ialah rumput. Rumput ialah sumber primer bagi protien dan tumbesaran kambing. Tetapi rupa-rupanya, ada lagi makanan kambing selain daripada rumput. Ayuh kita kaji serba sedikit tentang makanan kambing selain rumput. Selain itu, kita juga nak tahu apakah makanan kambing biar cepat gemuk..

Makanan Kambing Selain Rumput

Sebenarnya banyak lagi makanan kambing selain rumput. Betullah kata pepatah “malu bertanya sesat jalan”. Kalau tidak ngaji, sampai bila-bila tak akan tahu adanya makanan kambing selain rumput. Setahu kebanyakan orang, kambing hanya makan rumput saja.

Kambing haiwan Jenis herbivor

Kambing haiwan jenis herbivor. Kambing tidak memakan daging mentah seperti ayam, ikan dan seumpamanya. Ini bermaksud ia hanya makan sayuran dan buah-buahan.

Begitu pun, tumbuhan dan buahan yang terpilih sahaja. Bukan semua jenis tumbuhan dan buahan kambing ini boleh makan. Ada diantaranya sahaja. Makanan kambing selain rumput banyak, dan boleh didapati secara semulajadi.

Antara makanan kambing selain rumput ialah;

– sawi
– bayam
– daun kelapa sawit
– jerami
– pelepah daun pisang
– daun nangka
– petau belalang
– kulit jagung
– kulit pisang
– daun betik

Zat besi tersembunyi di dalam sayuran

Sawi dan bayam mempunyai zat besi. Dan memakan sayuran tersebut mampu membina tubuh badan kambing yang sihat dan gemuk. Andai kambing sering diberi makan sayuran ini. Kesihatan kambing akan menjadi jauh lebih baik. Dan tidak mudah jatuh sakit.

Daun kelapa sawit dan jerami. Daun kelapa sawit juga adalah makanan kambing selain rumput. Ramai penternak menjadikan daun kelapa sawait dan jerami penganti rumput. Makanan ini agak rendah dari sudut kandungan lain. Tetapi mudah hadam dan menjadi pengubat kembung perut kambing.

Jerami makanan kegemaran kambing. Kambing suka makan jerami kerana lembut. Pada kambing, jerami itu kudapan atau janjan. Hehe..

Seterusnya ialah pelepah daun pisang, daun nangka, petai belalang, kulit jagung, kulit pisang dan daun betik. Tumbuhan ini penganti rumput dan mudah didapati.

Ia boleh menjadi sumber utama makanan kambing sekiranya rumput tidak ada atau sukar diperolehi. Namun ia tidak dicadangkan. Sebaiknya aku syorkan, usahalah mencari rumput kerana sumber lain lebih tinggi kosnya.

Selain itu, ada juga makanan kambing selain rumput yg lain-lain seperti;

  • pisang muda
  • tanaman kekacang
  • hampas kelapa
  • dan lain lain tumbuhan berbuah.

Pisang muda yang masih berwarna kehijauan. Ia boleh menjadi makanan kambing namun kosnya yang mahal, jadi ia tidak digalakkan.

Tanaman kekacang. Tanaman kekacang ialah sejenis rumput yang mempunyai kacang di bawah daunnya. Itu salah satu makanan kesukaan kambing. Selalunya mudah didapati di dalam semak samun. Tidak disemai tetapi hidup meliar.

Nama saja hampas kelapa, tapi jangan dibuang santannya. Boleh saja diambil santannya tetapi kurang khasiat untuk si kambing. Korang boleh juga bagi bersama santannya. Barulah sedap. Lemak-lemak gitu hehe..

Makanan lain selain rumput boleh didapati dimana-mana kawasan perkampungan, kebun dan hutan. Ingat, korang jangan ceroboh kebun sebelah pula! Hehe.. Jika perlu,korang belilah dari pekebun sebelah.

Makanan tambahan

Kambing perlukan makanan tambahan. Betul ke?

Betul!

Makanan kambing selain rumput yg seterusnya ialah makanan tambahan. Makanan tambahan berupa pemberian suplemen. Di antara suplemen yang disyorkan ialah pallet dan vitamin B (bertujuan untuk kambing menjadikan gemuk).

Pallet ada pelbagai jenis. Yang popular ialah makanan kambing hitam. Pallet atau nama lainnya ialah dedak hitam kambing. Jangan berkerut dahi sangat korang. Bila sebut pallet kerut dahi. Bila sebut dedak. Oh ini ke..

Dedak kambing

Dedak kambing ni ada macam-macam jenis, antara yang popular di pasaran termasukalah:

  • Makanan Kambing Hitam SP Berkat 5150
  • dedak kambing 1108
  • dedak kambing ffm
  • dedak kambing cap gelang

Walaupun begitu, dedak kambing ni boleh tahan harganya. Pada masa perkongsian ini ditulis ialah pada harga RM33 hingga RM35 harga per/kg. Rasanya masa korang baca perkongsian ni, harga dah naik lagi.

Dedak kambing hitam ini boleh ditemui dari para pembekal di seluruh negeri dan boleh juga dibeli secara online.

Makanan kambing biar cepat gemuk

Jarang penternak tidak memberi kambing-kambing mereka makanan tambahan. Ini kerana jika korang seorang penternak yang ingin mendapatkan hasil yang baik, pasti inginkan kambing korang gemuk-gemuk belaka. Jadi, apakah makanan kambing biar cepat gemuk?

Makanan kambing biar cepat gemuk yang pertama ialah Vitamin B. Ia perlu diberi untuk kambing kalian. Vitamin B dikeluarkan dalam 2 jenis. Iaitu dalam bentuk biji atau tablet dan dalam bentuk cecair. Cecair lebih mudah diberi, kerana kambing sukar beri kerjasama jika berkaitan badannnya. Bagi dia telan tablet memang payah. Antara nama vitamin B yang popular ialah; Calcium-dpanthothenate. Ia mengandungi vita B, vita B2, B6, B12 dan Niacinamide.

Selain itu, glyridisia juga merupakan makanan tambahan kambing yg perlu diberikan biar lebih cepat gemuk. Nama selain itu ialah garam galian atau dipanggil sebagai garam jilat. Ia bertujuan untuk mengemukkan kambing.

Dan jika kurang pun menjadi satu hal juga. Kambing boleh dapat sakit dengan mudah. Dan kurang bendalir dalam badan. Itulah pentingnya garam galian ini. Garam jilat ini perlu dipaksa atau diajar dari masa kambing kecil lagi.

Ini bertujuan agar kambing tidak terkejut dan biasa dengan rasa garam jilat. Pastikan kambing mengambil makanan tambahan ini supaya sihat berterusan.

Makanan kambing selain rumput yang lain ialah fosforus, memberi kalsium yang sangat baik. Ia juga bagus untuk pertumbuhan tulang dan gigi kambing.

Rumput dan tumbuhan yang diracun

Korang kena tahu bahawa ada juga kambing yang mati akibat termakan racun yg disembur di rumput dan tumbuhan. Tempias percikkan racun saja sudah memadai untuk membunuh seekor kambing.

Sebenarnya racun tersebut untuk haiwan atau serangga perosak, namun kita sebagai penternak. Mesti peka lebih awal. Cara untuk mengetahui, perhatikan ada atau tidak serangga di kawasan tersebut. Pastikan sekeliling kawasan terdekat masih segar.

Jika sudah diracun sekeliling mesti sudah layu atau kekuningan. Jangan biarkan kambing korang mati sia-sia ye hehe.. Jarang penternak bebaskan kawalan kambing kerana inilah. Kambing hanya dilepaskan di dalam kawalan dan tidak masuk ke kebun jiran. Hingga menganggu pula kawasan orang lain.

Jika ia berlaku, ia sememangnya salah korang. Kerana korang yang membebaskan kambing tersebut. Jadi, tak perlu lepaskan sehingga ke tanah org. Cukup di tanah sendiri atau di kandang sendiri saja.

Makanan yang digemari dan tidak

Rumput juga ada pelbagai jenis. Ada yang boleh dimakan dan tidak. Kambing juga mempunyai kegemaran. Jika korang dapat tahu apa yang kambing korang suka, boleh teruskan. Pastikan ia sesuai dengan perut kambing tersebut. Aku cadangkan cuba dalam kuantiti yang sedikit dahulu.

Begitu juga dengan makanan tambahan. Ada kambing yang suka dan tidak. Korang boleh lihat dari sudut tumbesaran fizikal kambing tersebut. Ia semua berkait dengan sumber makanan. Yang mendapat khasiat, zat-zat, kalsium, akan membesar dengan sihat. Dan begitulah sebaliknya.

Menjaga makanan agar kesihatan kambing terjaga

Dalam urusan jual beli, pembeli akan menyoal bab makan minumnya (walaupun tidak semua pembeli begini). Ini kerana sumber pemakanan menentukan kesihatan kambing. Jika ia mendapat makanan yang baik, maka kambing itu istimewa (dari segi harga yg baik). Itulah yg menjadi harapan semua peternak kambing.

Panduan Memulakan Penternakan Kambing

Penternakan kambing memang kerjaya yg menjanjikan pulangan yg lumayan kalau kena caranya. Bagi korang yg berminat menternak kambing dan serius menambah pengetahuan. Korang digalakkan mendapatkan rujukan di bawah:

Panduan memulakan penternakan kambing

Semoga berjaya kepada bakal-bakal penternak kambing sekalian.

Penutup

Korang minat nak ternak kambing kampung? Idea yg bagus! Tapi sebelum tu, baca dulu cara ternak kambing kampung yg betul ini. Jgn main hentam saja..

Penjagaan kambing boleh dikatakan ‘agak’ mudah tetapi ‘banyak’ juga yg perlu dibuat. Jom baca beberapa cara penjagaan kambing ini..

Leave a Comment

error: Content is protected !!