Bela Kambing Kecil Kecilan

Ramai yang mengeluh. Susahlah bela kambing, kena ada modal yang besar. Kena buat kandang, kena buat pagar dan macam-macam lagi. Tapi tahukah orang, sebenarnya boleh aje bela kambing kecil kecilan. Tidak perlu sekali modal yang begitu besar.

Bela kambing kecil kecilan

Kambing tak perlu banyak

Untuk korang yang bermodal sedikit, tak perlu kambing yang banyak. Cukup sekadar 2 ekor dahulu sebagai permulaan. Korang bela elok-elok. Jaga kesihatan kambing tu, bagi cukup makan. Dalam tempoh setahun, korang akan ada sekurang-kurangnya 4 ekor selepas kambing korang beranak.

Menternak kambing secara kecil-kecilan banyak untungnya. Salah satunya tidak menanggung kerugian yang besar. Tidak menangung kos kandang yang besar. Kandang tidak perlu cantik. Cukup sekadar untuk kambing berlindung dan berteduh.

Kan ke kata bela kambing kecil kecilan. Jadi jangan keluar banyak modal untuk kandang. Kemudian yang untungnya lagi ialah tidak perlu menyediakan perubatan yang tinggi kos nya.

Pilihan baka / jenis yang betul

Dalam hal memilih baka kambing. Bagi tujuan membela kambing secara kecil-kecilan.

Oh ya, sebelum itu, korang jangan terlalu memikirkan tentang kandang dahulu. Boleh saja bela kambing tanpa kandang sebetulnya.

Buat masa sekarang, korang tumpukan kepada baka/jenis yang korang nak pilih dahulu. Tenusu? Pendaging? Atau dwifungsi?

Pada pendapat aku, yang paling cepat balik modal ialah kambing yang mengeluarkan hasil susu. Ini kerana proses penghasilan tenusu lebih cepat. Dan penjagaan kambing tenusu juga lebih jimat berbanding yang lain.

Jika korang fikir lebih baik pilih jenis dwifungsi. Kambing dwifungsi besar modal yg diperlukan. Seekor kambing jenis dwifungsi boleh mencecah RM1600-RM3200.

Jadi? Korang masih tiada perancangan lagi bukan? Di sini, aku bantu korang dalam pemilihan baka atau jenis yang bersesuaian untuk bajet atau modal permulaan yang rendah.

Kambing pendaging

Kambing Boer anggaran modal RM700-RM800. Boleh jual apabila sudah matang Rm1600-Rm2500.

Kambing Katjang pula bermodalkan RM1000-RM1850 seekor. Boleh menjual dipasaran RM2000-RM2100 seekor.

Kambing Blackbengal pula RM3000-RM8000 harga pasaran. Harga borong perlu dibeli dengan borong. Jadi ini tidak sesuai bagi korang yang ingin bela kambing kecil kecilan.

Kambing Savanna pula RM2800 ,agak mahal juga. Tetapi korang boleh menjual dengan 3X ganda . Jadi terpulang pada korang.

Baka / Jenis Kambing Tenusu

Kambing Alpine bernilai RM900- RM1200 harga borong. Susunya sahaja boleh dibuat untuk pulangan modal. Produktiviti susu tahunan sehingga 1.5 tan susu. Tetapi pernah juga bakanya menghasilkan 2 tan. Purata produktiviti harian ialah 4.5 liter. Ini jika kambing itu sihat.

Kambing Saanen pula bermodalkan RM4500. Ia boleh menghasilkan 6 liter susu sehari.

Kambing Toggenburg ini juga kambing tenusu. Ia boleh memberikan 5 liter susu tinggi lemak setiap hari. Harga modal kambing toggenburg ini RM880.

Kambing Jenis Dwifugsi (Pedaging Dan Tenusu)

Kambing Jamnapari berharga RM900-RM1100 seekor anak jamnapari. Tapi untuk kambing dwifungsi ini aku menyokong. Jika korang ingin memulakan bela kambing kecil kecilan dengan jenis dwifungsi. Kerana ia akan nampakkan hasil dengan cepat.

Kambing Anglo-nubian juga dwifungsi. Ia berharga RM600-RM1000. Jadi ini aku katakan korang kena bijak memilih kambing yang menghasilkan pendapatan dengan banyak dan cepat.

Sudah fikir ke kambing mana yang ingin korang pilih? Untuk ternak kambing kecil-kecilan ini kena ada modal paling sikit RM6000-RM10 ribu. Tetapi, jika korang bersedia untuk membela secara tidak berkandang. Ataupun berkandang secara sederhana. Ia lebih jimat dan mudah. Ia pilihan korang sendiri.

Hasil lumayan

Selepas bela kambing kecil kecilan, korang mesti tahu waktu sesuai untuk promosikan kambing korang. Atau tenusunya. Atau apa-apa yang boleh mendatangkan hasil la. Tapi korang kena promosi pada waktu yang tepat. Sama ada korang memilih kambing tenusu atau pendaging. Bukan setakat bela kambing kecil kecilan, jual kambing juga secara kecil-kecilan.

Korang boleh meletakkan nota pada kedai-kedai kecil menyatakan tentang produk kambing korang. Mungkin boleh membawa mulut kepada individu-individu lain untuk bantu menyebarkan tentang kambing korang. Takkan bawa mulut tentang benda tak baik je kan. Benda baik lagi baik disebarkan.

Pemborong dan pembeli

Untuk korang yang bela kambing kecil kecilan ni, aku cadangkan jangan cari pemborong. Kerana selalunya mereka inginkan harga borong. Selain itu, bagi yang bela kambing secara kecil-kecilan ni aku cadangkan, korang cari pembeli yang memerlukan sahaja. Untuk hasil tenusu, sudah pasti korang boleh letak susu-susu di kedai dan gerai.

Boleh juga korang sediakan ruang untuk orang ramai datang ke rumah ataupun ladang korang. Supaya senang mereka membeli. Jika pendaging, ia sesuai dijual mengikut musim. Musim hari raya korban. Musim aqiqah. Musim kenduri kahwin.

Keistimewaan Kambing Tenusu Berbanding Lain

Keistimewaan memilih jenis kambing tenusu adalah susu di keluarkan setiap hari. Susu juga diperlukan oleh peminat susu setiap hari. Setiap minggu. Atau jika paling lama setiap bulan. Ini bermakna untuk peminat sedia ada susu kambing, sudah semestinya ada pembeli.

Jadi korang yang memilih kambing jenis tenusu tidak perlu bimbang tentang pembeli. Jika korang bela kambing kecil kecilan, lebih sesuai jenis kambing tenusu. Ini kerana modal yg korang keluarkan sedikit, dan bajet korang rendah.

Dalam apa jua perniagaan kecil-kecilan, korang mesti nak ia berkembang maju dan tidak mahu menanggung kerugian bukan. Sebab itulah, itulah pentingnya pemilihan jenis kambing.

Untuk yang ingin menternak kambing jenis pendaging. Boleh saja. Tapi korang, mesti berdisiplin dalam mengendalikan kewangan dan pusingan balik modal. Sebabnya untuk jenis kambing pendaging, apabila sudah jual kambing tersebut. Korang perlu beli kambing yang baru.

Pesanan Lain

Jika korang tiada modal lagi, korang boleh memulakan dengan membina kandang secara perlahan-lahan. Korang boleh mencari kayu-kayu terpakai, lalu membina kandang ringkas. Pagar atau dawai boleh beli secara sikit-sikit. Kemudian pasang sendiri.

Jika korang sudah menyiapkan kandang kambing kecil. Barulah boleh mulai bela kambing kecil kecilan. Pinjaman juga boleh dibuat di mana-mana bank sebenarnya. Tapi kena betul caranya. Aku cadangkan korang buat pinjaman di bawah RM10 ribu ke bawah dahulu.

ebook ternak kambing

Penternakan kambing memang kerjaya yg menjanjikan pulangan yg lumayan kalau kena caranya. Bagi korang yg berminat menternak kambing dan serius menambah pengetahuan. Korang digalakkan mendapatkan ebook ternak kambing di bawah:

ebook ternak kambing - panduan memulakan penternakan kambing

Semoga berjaya kepada bakal-bakal penternak kambing sekalian.

Penutup

Korang minat nak ternak kambing kampung? Idea yg bagus! Tapi sebelum tu, baca dulu cara ternak kambing kampung yg betul ini. Jgn main hentam saja..

Penjagaan kambing boleh dikatakan ‘agak’ mudah tetapi ‘banyak’ juga yg perlu dibuat. Jom baca beberapa cara penjagaan kambing ini..

Umum mengetahui makanan utama kambing adalah rumput. Tapi tahukah korang, banyak lagi sebenarnya makanan kambing selain rumput? Ayuh ketahuinya di sini..

Leave a Comment

error: Content is protected !!