Setiap perniagaan ada pasang surutnya. Begitu juga dengan penternakan kambing dan masalah yang dihadapi. Korang mesti bersedia jika menghadapi masalah dalam penternakan kambing. Namun, setiap masalah ada penyelesaian dan cara menghadapinya..
Isi Kandungan
Penerangan tentang masalah penternakan kambing
Berikut sedikit penerangan mengenai masalah penternakan kambing yg sering terjadi. Ada di antara masalah-masalah ini di luar kemampuan bahkan di luar kawalan kita. Ideanya ialah cuba minimumkan sebanyak yg boleh kerugian yg bakal ditanggung.
1) Sukar mendapatkan makanan
Makanan utama kambing ialah rumput. Ada juga di kawasan yang tiada rumput. Lalu apakah makanan yang korang boleh beri? Pada pendapat aku, lebih mudah menyimpan makanan dan makanan tambahan.
Yang lebih sukar ialah apabila kambing bertambah. Jadi sumber makanan perlu bertambah. Ada juga sesetengah penternak tidak ambil endah. Ha.. korang jangan begitu. Makanan adalah sumber permasalahan yang utama yang perlu penternak selesaikan.
Bekalan makanan perlu dirancang penternak. Korang perlu ada makanan simpanan, tambahan dan persediaan sekiranya makanan sukar didapati. Juga antara sebab sukar makanan didapati ialah kerana musim banjir.
Jadi, penternak perlu bersedia jika tiada sumber makanan utama. Aku syorkan supaya korang sentiasa meninjau kawasan lain yang mempunyai sumber makanan utama. Kerana kawasan rumput tidak ada orang marah sekiranya korang ambil tanpa izin pun asalkan bukan kebun orang atau tanah milik persendirian.
2) Penyakit kambing
Bila bercakap pasal penyakit kambing, semua yakin – apabila bagi ubat hilanglah penyakit itu. Namun, penyakit kambing boleh menyebabkan kematian. Dan ia berisiko kerugian. Ini juga salah satu masalah penternakan kambing.
Penyakit kambing yg biasa menyerang ada lima (5) iaitu:
- kecacingan
- keracunan
- cirit birit
- kembung perut
- penyakit puru,
- radang paru-paru
Setiap penyakit ada ubatnya. Contohnya letak ubat krim untuk penyakit puru. Memberikan air garam untuk penyakit cirit birit. Untuk sakit kembung ubat penahan kembung. Untuk radang paru-paru, boleh berikan ubat antibiotik.
3) Kecurian
Peratus kecurian agak sedikit dan jarang laporan dibuat. Selalunya kecurian berlaku akibat orang dalam. Atau akibat kecuaian penternak sendiri. Berkemungkinan pagar terbuka, atau ketidakpuashatian pekerja.
Akibatnya kambing ternakan korang yang menjadi mangsa. Kemudian, korang juga yang akan mengalami kerugian besar. Itu juga masalah penternakan kambing. Kecurian yang jarang terjadi, tetapi boleh berlaku.
4) Kambing melompat dari pagar
Masalah penternakan kambing yang ini agak jarang didengari. Orang melompat pagar selalu juga aku dengar hehe…
Kambing melompat pagar ini adalah kerana penternak salah ukur ketinggian pagar. Ketinggian pagar adalah ditetapkan minimun setinggi 4 kaki. Jika pagar yang dibina lebih rendah dari itu, mungkin sebab nak kurangkan kos. Maka, risiko untuk kambing melompat adalah tinggi.
5) pembahagian induk yang salah
Masalah penternakan kambing yang seterusnya ialah penternak tersilap dalam peratusan pembahagian induk. Contohnya, penternak memilih kesemuanya kambing jantan atau betina. Atau risiko penternak memilih nisbah jantan kepada betina dengan nisbah 1:2.
Jika 60 ekor kambing, tetapi penternak hanya memilih untuk 40 ekor betina selebihnya yakni 20 pula jantan. Ini akan berisiko kurang mendapat hasil anak kambing. Kerana kita tidak tahu tahap kesuburan kambing betina tersebut. Mungkin mandul. Mungkin belum matang. Mungkin berpenyakit dan sebagainya..
Dalam perancangan membeli jantina induk kambing, korang perlu tahu bahawa nisbah jantan mestilah sedikit. Untuk seekor kambing jantan, ia boleh membuntingkan 20-40 ekor kambing betina. Jadinya korang nampakkan nisbah jantan dan betina yg betul, ialah 1:20 (minimum).
Korang kena tahu, kambing betina hanya beranak 2 kali dalam setahun. Itupun jika bernasib baik. Selalunya setahun sekali sahaja.
6) Kurang permintaan
Kambing ada juga pasang surut dalam jualan. Jualan kambing kadang-kadang bermusim. Biasanya, musim akhir tahun, musim hari raya haji dan musim perayaan tertentu akan meningkatkan permintaan.
Jadi, jika masa kurang permintaan daripada pembeli, itu saat yang penternak harus bersabar. Pada saat itu, untuk pusingan modal. Duit simpanan daripada jualan sebelum ini amat diperlukan.
7) kambing kurus
Kambing kurus juga merupakan masalah penternakan kambing. Mana kan tidak, jika pembeli ingin membeli kambing. Tentulah yang gemuk pilihan utama. Kurus siapa yang hendak. Itulah masalah jika kambing kurus.
Jualan akan merundum dan itu menjadi masalah penternakan kambing. Korang mesti keluar modal lebih untuk memberikan makanan tambahan supaya kambing korang gemuk-gemuk belaka.
8) perlukan modal tambahan
Ini yang dikatakan sediakan payung sebelum hujan. Modal tambahan ini masalah juga. Korang perlu ada modal tambahan untuk menghadapi masalah penternakan kambing yang bakal muncul.
Contohnya, kambing semakin banyak. Jadi sumber makanan dan saiz kandang perlu diperbesarkan.
Penyakit kambing pun bila-bila masa boleh menyerang. Jadi modal perlu ada untuk membeli ubat-ubatan. Takkan nak harapkan bantuan kerajaan saja kan.
Itulah gunanya modal tambahan. Dimana korang boleh gunakan semasa kecemasan. Semasa perkara tidak diingini berlaku.
9) tidak pulang modal
Masalah penternakan kambing yg seterusnya ialah tidak pulang modal. Tidak pulang modal atau modal tidak berpusing. Adakah dua perkara ini sama? Atau berbeza? Ye, sama jer.
Ada segelintir penternak kecil-kecilan, sudah jual seekor. Duit itu diguna pula membeli itu dan ini. Tidak. Itu adalah cara yang salah.
Korang perlu tahu, bila titik pulang modal. Kumpul sehingga berjaya dapat kembali modal yg telah dilaburkan.
Kemudian selebihnya itu untung korang.
Jangan habiskan modal, korang akan merasa kerugian yang besar. Itu yang mengakibatkan korang gulung tikar. Kerana tidak menjaga kewangan dengan betul.
10) sukar untuk mendapatkan pinjaman
Apabila modal tiada pusingan, pasti korang mati kutu. Tiada altenatif lain kecuali pinjaman. Jadi, untuk pinjaman seterusnya, tentunya selepas pinjaman kali pertama.
Sedangkan pinjaman kali pertama pun, banyak hal dan banyak prosedurnya. Itulah sebabnya modal perlu disimpan atau dipusing semula. Supaya tiada masalah dalam kewangan. Dan korang tidak perlu meminjam lagi.
11) keracunan
Selepas topik kambing keracunan makanan. Sehingga menyebabkan cirit-birit. Ini pula topik keracunan makanan akibat racun perosak atau racun rumput.
Ia boleh mengakibatkan kematian 100%. Ini satu kerugian yang besar jika terjadi. Itu sebab jangan lepaskan kambing korang ke kawasan luar kandang atau kawasan orang lain tanpa pengawasan.
Kerana korang tidak tahu apakah kawasan berkenaan selamat atau tidak. Risiko kematian akibat racun rumput atau racun pokok ini tidak tinggi peratusnya tapi boleh terjadi.
12) kecacingan
Setiap ekor kambing walaupun sihat boleh mendapat penyakit cacing. Penyakit cacing boleh diubati. Tapi beli ubat cacing pun perlukan modal hehe..
Persediaan modal perlu dalam menghadapi masalah penternakan kambing. Korang kena tahu, kecacingan ini boleh menjangkiti kambing lain. Jadi ia memberi berisiko yg agak serius.
Jika korang dapat kesan kambing yang dijangkiti. Asingkan ia. Selepas sihat, baru lepaskan bersama kambing yang lain.
13) kematian
Risiko paling besar dalam masalah penternakan kambing ialah kematian. Kambing yang mati tiada ubatnya. Hanya tanam sajalah.
Sebab itu, apabila kambing diserang apa pun penyakit, ikhtiarkan sedaya-upaya ubat untuk penyakit kambing itu. Kerana apabila mati, korang akan mengalami dua kerugian yang besar. Apatah lagi kambing yang gemuk.
Pertama, kerugian akibat kematian kambing tersebut. Kedua, masa juga terbuang. Apa tidaknya. Masa terbuang untuk membela semula anak kambing dan menjaga anak kambing sehingga gemuk akan mengambil masa.
Untuk mencegah perkara itu, korang boleh menyediakan ubat untuk membantu kambing gemuk dan sihat. Dan sediakan ubat sebelum penyakit menyerang.
Masalah penternakan kambing dapat diselesaikan atau dapat dikurangkan kesannya jika korang bersedia.
Bersedia dari semua aspek yg sudah kita bincangkan di atas. Sekian.
Frequently Asked Questions (FAQ) mengenai Masalah Penternakan Kambing Yang Biasa Dihadapi
Apakah penyakit biasa yang menyerang kambing?
Beberapa penyakit biasa yang sering menyerang kambing termasuklah cacing, pneumonia, mastitis, kembung perut, dan penyakit kuku. Untuk mencegah penyakit kambing, penting untuk memantau kesihatan kambing secara berkala dan memberikan vaksinasi yang diperlukan.
Bagaimana cara mengatasi masalah cacing pada kambing?
Masalah cacing boleh diatasi dengan memberikan ubat cacing secara berkala sesuai dengan arahan dari doktor haiwan. Pastikan juga kebersihan kandang dan persekitaran dijaga untuk mengurangkan risiko jangkitan cacing.
Mengapa kambing saya mengalami masalah kembung perut?
Kembung perut pada kambing boleh disebabkan oleh pemakanan yang tidak seimbang, seperti terlalu banyak makanan yang mudah berfermentasi (contohnya kacang soya, bijirin basah). Untuk mengelakkan masalah ini, berikan diet yang seimbang dan sesuai serta pastikan kambing mendapat akses kepada air bersih.
Apakah faktor yang menyebabkan kambing mengalami stres?
Kambing boleh mengalami stres disebabkan oleh beberapa faktor seperti perubahan persekitaran, pemindahan, kekurangan makanan dan air, penyakit, dan gangguan sosial dalam kumpulan kambing. Mengurangkan stres boleh dilakukan dengan memastikan persekitaran yang stabil, menyediakan makanan dan air yang mencukupi, serta memastikan kesihatan kambing sentiasa dipantau.
Bagaimana cara mengatasi masalah kurang berat badan pada kambing?
Masalah kurang berat badan pada kambing boleh diatasi dengan memberikan diet yang berkalori tinggi dan seimbang. Pastikan kambing mendapat cukup makanan tambahan seperti bijirin dan vitamin. Juga, periksa sama ada kambing tersebut mengalami masalah kesihatan yang mengganggu penyerapan nutrisi, dan dapatkan nasihat dari doktor haiwan jika perlu.
ebook ternak kambing
Penternakan kambing memang kerjaya yg menjanjikan pulangan yg lumayan kalau kena caranya. Bagi korang yg berminat menternak kambing dan serius menambah pengetahuan. Korang digalakkan mendapatkan ebook ternak kambing di bawah:
Semoga berjaya kepada bakal-bakal penternak kambing sekalian.
Penutup
Korang minat nak ternak kambing kampung? Idea yg bagus! Tapi sebelum tu, baca dulu cara ternak kambing kampung yg betul ini. Jgn main hentam saja..
Penjagaan kambing boleh dikatakan ‘agak’ mudah tetapi ‘banyak’ juga yg perlu dibuat. Jom baca beberapa cara penjagaan kambing ini..
Umum mengetahui makanan utama kambing adalah rumput. Tapi tahukah korang, banyak lagi sebenarnya makanan kambing selain rumput? Ayuh ketahuinya di sini..
Susahlah bela kambing. Kena ada modal besar. Kena buat kandang lagi. Tapi tahukah orang, sebenarnya boleh aje bela kambing kecil-kecilan. Tak percaya?