Kambing Jamnapari (Ciri, Keistimewaan dan Pemakanan)

Kambing jamnapari berasal dari Ultar Pradesh. Ia baka dari India. Panggilan saintifiknya Capra Aegagrus Hircus. Di Indonesia dikenali sebagai Kambing Ettawah. Ettawah ialah salah satu nama daerah di India. Kambing jamnapari sejenis kambing dwifungsi. Dwifungsi bermaksud boleh menghasilkan susu dan daging sekaligus.

Kambing Jamnapari

Nama Jamnapari diambil sempena nama dari sungai Yamuna. Maksud nama tersebut ialah tinggi dan gagah. Samalah dengan ciri-ciri kambing jamnapari.

Ciri-ciri kambing jamnapari Malaysia

Ciri-ciri kambing jamnapari Malaysia ialah bentuk muka cembung. Dan dagunya berjanggut. Telinga jamnapari pula panjang, besar dan lembik bergantung. Sedikit berlipat di hujungnya.

Tanduk kambing jamnapari ini berdiri ke arah belakang. Dan melingkar hujungnya.Di bawah lehernya sedikit gelebeh dan botak di depan janggut atau dagunya.

keistimewaan kambing jamnapari

Kambing jamnapari sejenis kambing yang gagah. Sesuailah dengan nama jamnapari. Pari di dalam bahasa india bermaksud gagah. Ia juga kambing yang sukar mendapat penyakit. Jamnapari adalah baka yg mudah menyesuaikan diri. Sama ada cuaca panas atau sejuk, ia boleh hidup sendiri.

Selain itu, keistimewaan kambing jamnapari ini terletak pada kadar kematian yang sangat rendah. Kan kambing ni kambing yang kuat. Bagi anak kambing jamnapari hanya 3% kematian berbanding kambing dewasa pula 7% sahaja.

Kambing janampari ini dikategorikan sebagai baka kambing yang subur berbanding yang lain. Selain itu, keistimewaan kambing jamnapari ialah boleh menghasilkan 1-3 ekor kelahiran dalam satu masa. Fizikal kambing jamnapari ini berbadan besar dan berat boleh mencecah sehingga 35 Kg – 70 Kg .

Pemakanan kambing jamnapari

Untuk sumber air minum, air mesti mencukupi bagi kambing jamnapari. 70% sumber makanan. Selebihnya air yang mencukupi. Antara makanan jamnapari ialah rumput dan daun yang kehijauan. Rumput guinea, napier, petai belalang, pelepah sawit dan daun nangka sesuai untuk diberikan.

1) Rumput guinea

Rumput guinea nama saja di negara Guinea. Tetapi boleh didapati di Malaysia. Benihnya juga dijual di pasaran Malaysia. Ia adalah rumput yang biasanya terdapat di padang-padang ragut.

2) Napier

Daun napier ini seperti daun pandan tetapi tidak tajam. Ia boleh didapati di pasaran. Ikat dahulu apabila ingin diberi makan kepada kambing jamnapari.

Kambing jamnapari tidak cerewet dalam pemakanan. Cuma aku syorkan kepada penternak baru. Supaya belajar cara berperingkat dalam mengenalkan makanan baru kepada kambing tersebut.

3) Petai belalang

Petai belalang ialah sebuah pokok yang berasal dari sejenis pokok kekacang. Ia adalah antara tumbuhan yang memberi sumber protein terbaik untuk makanan kambing. Dimakan segar boleh. Sudah kering juga boleh diberikan kepada kambing jamnapari.

4) Pelepah sawit

Pelepah sawit perlu dikering dan dikisar terlebih dulu. Sehingga menjadi serbuk halus sebelum ke proses seterusnya. Campurkan bahan lain seperti hampas kacang soya. Campuran berbeza mengikut haiwan ternakan. Hampas kelapa juga boleh diberikan.

5) Daun nangka

Daun nangka ini bergetah. Jadi korang jangan pula terus beri kepada kambing. Nanti jatuh sakit pula. Daun nangka mesti dibiarkan kering dahulu. Apabila korang petik, biarkan selama dua hingga ke tiga hari, barulah beri kepada kambing jamnapari.

Selain daripada makanan diatas, makanan tambahan juga perlu diberikan. Makanan tambahan seperti vitavet dan dedak vita B.

Vitavet secara suntikan. Diambil 100ml sebulan sekali.

Dedak vita B berwarna hitam boleh diberikan kepada kambing jamnapari dua kali sebulan.

Kandang kambing jamnapari

Ukuran untuk kandang, pada biasanya, seekor kambing jamnapari memerlukan 10 kaki persegi. Saiz kandang berpetak pula biasanya berukuran samada 10 kaki × 10 kaki (untuk 8 – 12 ekor kambing). Untuk 13-15 ekor pula ukurannya 12 kaki × 12 kaki.

Saiz kandang dipengaruhi kuantiti kambing jamnapari. Semakin banyak bilangan jamnapari, semakin besar kandang perlu diperluaskan. Andaikata saiz lebih kecil seperti 10 kaki × 10 kaki. Itu hanya boleh memuatkan hingga 12 ekor (10 betina + 2 jantan).

Kambing jantang mesti kurang daripada kambing betina. Berat seekor kambing jantan, lebih kurang 45kg ke atas manakala kambing betina 38kg ke atas.

Selain daging dan susunya, bulunya juga perlu dijaga rapi. 95% kambing jamnapari di eksport ke luar negara sebagai sumber susu, daging dan kulitnya.

Harga kambing jamnapari di pasaran

Harga kambing jamnapari dewasa yang beratnya 45 kg ke atas ialah sekitar RM3,200 manakala yang betina RM1,600 bagi berat 38kg ke atas. Semasa jualan, kambing tersebut mestilah berumur 12 bulan ke atas.

Harga anak kambing jamnapari pula di antara RM900 hingga RM1,100. Wah, lumayan juga ya. Anak kambing jamnapari yang dijual selalunya untuk ternakan semula.

Lebih menguntungkan lagi ialah apabila dapat menjual hasil tenusu kambing jamnapari sebelum menjual dagingnya.

Memang benar, bukan semua ada modal sekepuk kan. Usaha lain pula ialah pinjaman modal. Jadi disini aku ceritakan sedikit agensi yang membenarkan korang membuat pinjaman.

Pinjaman dari agensi-agensi

Antara agensi yang boleh memberi korang pinjaman. Untuk menternak kambing jamnapari. Antaranya MARDI, RISDA dan juga BANK PERTANIAN atau lebih dikenali AGRO BANK.

Korang boleh memohon pinjaman dari mana mana bank ini. Jika semua dokumen dan kelengkapan yang diperlukan lengkap, senang saja pihak bank membantu memberikan pinjaman kepada korang.

Untuk panduan lengkap cara memohon pinjaman penternakan kambing, korang boleh baca dalam panduan yang dicadangkan di bawah..

Apa yg paling penting, korang perlu berusaha dengan lebih kuat dan sabar dalam ujian mendatang.Jangan korang berhenti sekerat jalan pula selepas pinjaman diluluskan. Naya Pak Karim..

MARDI

Mardi ialah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia ialah sebuah badan berkanun. Satu agensi yang diamanahkan untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang makanan dan pertanian. MARDI banyak melahirkan usahawan yang berjaya dalam perniagaan. Ia ditubuhkan di bawah Akta MARDI.

RISDA

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah ialah sebuah badan berkanun persekutuan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. RISDA ini ditubuhkan pada 1 Januari 1973.

Penubuhan ini mengikut Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah 1972. Meskipun nama syarikat ini getah namun ia bukan. Ia berasaskan perniagaan dan pertanian. RISDA adalah syarikat yang membantu perniagaan kecil. Pinjaman mungkin boleh dimohon jika menepati syarat tertentu.

BANK PERTANIAN

Agrobank boleh dikategorikan sebagai bank pertanian. Diperbadankan di bawah Kuasa Menteri Kewangan. Pembiayaan Bank dalam sektor pertanian adalah didorong oleh dasar yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Korang juga boleh cuba di sini.

Frequently Asked Questions (FAQ) mengenai Kambing Jamnapari

Apakah ciri-ciri fizikal Kambing Jamnapari?

Kambing Jamnapari dikenali dengan saiznya yang besar dan bulu yang panjang serta lebat. Kambing jenis ini mempunyai tanduk yang melengkung ke belakang dan telinga yang panjang serta menjuntai. Warna bulu biasanya putih dengan tompok-tompok coklat atau hitam.

Apakah kelebihan menternak Kambing Jamnapari?

Kambing Jamnapari terkenal dengan pengeluaran susu yang tinggi dan daging yang berkualiti. Kambing Jamnapari juga mudah dijaga dan mempunyai daya tahan yang baik terhadap penyakit. Selain itu, kambing ini juga boleh dijadikan kambing baka untuk meningkatkan kualiti genetik dalam penternakan.

Bagaimana cara menjaga kesihatan Kambing Jamnapari?

Pastikan Kambing Jamnapari mendapat makanan yang seimbang, termasuk rumput, jerami, dan bijirin. Vaksinasi dan pemeriksaan kesihatan secara berkala oleh doktor haiwan juga penting untuk memastikan Kambing Jamnapari kekal sihat. Jaga kebersihan kandang dan pastikan Kambing Jamnapari mendapat air bersih yang mencukupi.

Berapa lamakah tempoh bunting Kambing Jamnapari?

Tempoh bunting bagi Kambing Jamnapari adalah sekitar 150 hari (lebih kurang 5 bulan). Selepas tempoh ini, kambing Jamnapari betina akan melahirkan satu hingga dua ekor anak kambing. Pastikan kambing betina mendapat penjagaan yang baik sepanjang tempoh bunting dan selepas kelahiran.

Apakah cabaran yang biasa dihadapi dalam menternak Kambing Jamnapari?

Beberapa cabaran yang biasa dihadapi termasuk kos makanan yang tinggi, risiko penyakit, dan keperluan untuk kandang yang besar dan bersih. Selain itu, pemantauan yang rapi diperlukan untuk memastikan kambing mendapat nutrisi yang mencukupi dan bebas daripada tekanan.

ebook ternak kambing

Penternakan kambing memang kerjaya yg menjanjikan pulangan yg lumayan kalau kena caranya. Bagi korang yg berminat menternak kambing dan serius menambah pengetahuan. Korang digalakkan mendapatkan ebook ternak kambing di bawah:

Rujukan ternakan Kambing Jamnapari

Semoga berjaya kepada bakal-bakal penternak kambing sekalian.

Penutup

Korang minat nak ternak kambing kampung? Idea yg bagus! Tapi sebelum tu, baca dulu cara ternak kambing kampung yg betul ini. Jgn main hentam saja..

Penjagaan kambing boleh dikatakan ‘agak’ mudah tetapi ‘banyak’ juga yg perlu dibuat. Jom baca beberapa cara penjagaan kambing ini..

Umum mengetahui makanan utama kambing adalah rumput. Tapi tahukah korang, banyak lagi sebenarnya makanan kambing selain rumput? Ayuh ketahuinya di sini..

Susahlah bela kambing. Kena ada modal besar. Kena buat kandang lagi. Tapi tahukah orang, sebenarnya boleh aje bela kambing kecil-kecilan. Tak percaya?

Setiap perniagaan ada risiko. Begitu juga bidang ternakan kambing. Terdapat masalah penternakan kambing. Ketahui satu persatu & cara atasinya..

Secara asas, modal ternak kambing terbahagi kepada dua bahagian. Yang pertama, kos permulaan. Yang kedua ialah kos operasi. Baca selanjutnya..

Leave a Comment

error: Content is protected !!