Korang nak mulakan dengan modal yang besar atau bermula dengan modal yang rendah? Antara kos tinggi dan kos rendah mana satu pilihan kalbu? Modal ternak kambing ini ada bahagian modal. Secara asas, modal ternak kambing terbahagi kepada dua bahagian. Yang pertama, kos permulaan. Yang kedua ialah kos operasi.
Isi Kandungan
Bahagian Pertama
Modal untuk kos permulaan ialah kenali baka ternakan, jenis kandang, pagar dan lain-lain. Termasuklah baka ternakan. Untuk memilih baka ternakan yang baik, korang perlu tahu jenis kambing yang ingin korang ternak.
Modal ternak kambing ada yang mampu milik, yang lebih murah. Dan ada juga yang mahal. Baka apa pun pilihan korang, aku nasihatkan supaya memilih kambing jantan kurang dari kambing betina.
Kos anggaran untuk membeli kambing berjumlah anggaran Rm900 – Rm1600 seekor. Untuk pemilihan baka, korang juga perlu kenalpasti antara ingi menternak kambing tenusu atau pendaging. Atau dwifungsi iaitu kedua-duanya.
Setiap jenis kambing lain-lain harga permulaan modal ternak kambing.Merancang awal lebih baik. Kambing jenis tenusu lebih cepat dapat pulangan hasil. Saja aku bagi pendapat.
Jenis Kandang Kambing
Modal untuk menyediakan kandang, aku nasihatkan kepada korang biarlah rendah. Kandang tidak perlu cantik. Mengapa? Kerana kandang ini tempat perlindungan untuk kambing. Berlindung dari panas dan hujan. Jangan habiskan banyak modal ke kandang sehingga tiada modal untuk beli kambing.
Pernah aku bertemu dengan penternak yang kandangnya begitu cantik. Tapi sayang, kurang kambing. Kerana habis modal untuk kandang. Untuk kos kandang kayu, dan sebagainya anggaran RM3000-RM5000. Jika korang pandai mengurangkan kos buat kandang dengan mencari kayu-kayu terpakai. Itu lebih baik. Dapatlah korang berjimat.
Untuk kandang, tidak mengapa kayu terpakai. Tiada masalah. Ini di peringkat awal-awal penternakan la. Kandang untuk setiap kambing ada kelainan. Pilihan terpulang kepada penternak untuk memilih kriteria kandang tersendiri.
Untuk bina kandang kambing, modal yang perlu dikeluarkan hendaklah dirancang. Siapkan modal dulu sebelum membina. Kemudian, rancang untuk berapa hari boleh disiapkan.
Kemudian, beritahu tukang, berapa anggaran modal korang.
Contoh pengiraan adalah seperti berikut:
- Tinggi kandang dari tanah hingga landai ialah 250cm × 50 cm lebar.
- Luas permukaan pula 100cm × 25 cm × 125cm.
- Anggaran kayu dan barang lain ialah RM2000 untuk isi dalam kandang kambing.
- Modal ternak kambing yang diperlukan untuk atap, pagar dan selebihnya RM700 – RM1000.
Atap yang selalu digunakan ialah atap entelemi dan monitar. Atap yang lain banyak, namun ia hendaklah bersesuaian dengan modal yg ada.
Harga atap entelemi sekeping rm5.99. Jika borong Rm59.90 (harga ketika artikel ini ditulis). Selain itu, genting, rumbia/kayu, asbestos (campuran fiber semen dan pulp), galvani aluminium juga boleh digunakan. Tapi, ia lebih mahal dari entelemi. Jika korang berminat untuk menggunakan selain entelemi, kos anggaran berjumlah Rm1300-Rm1500.
Pagar Kambing
Untuk pagar, korang jangan guna yang terpakai. Kerana kambing sangat kuat dan suka menanduk. Dalam membuat pagar kandang kambing ini, modalnya dianggarkan Rm800 – Rm1200.
Ini terpulang kepada korang untuk memilih jenis pagar. Sama ada yang murah atau lebih mahal. Antaranya korang boleh memilih dawai elektrik, tenunan, dawai dikimpal atau panel lembu.
1) DAWAI ELEKTRIK
Kos untuk dawai elektrik Rm115 segulung .
2) TENUNAN
Tenunan pula berharga Rm125 .
3) DAWAI DIKIMPAL
Harga dawai dikimpal Rm125-Rm130 untuk segulung.
4) PANEL LEMBU
Panel lembu ini sesuai untuk persekitaran yang luas. Seperti dipadang. Dikandang tanah atau kandang padang.ia tidak sesuai dikandang kecil. Sepalang Rm 425. Perancangan korang dalam modal ternak kambing perlu terliti dan haruslah bijak berbelanja. Pilih pagar yang berkualiti dan tahan lasak dengan harga yg berpatutan. Modal untuk pagar mesti dalam Rm800-Rm1100
Bahagian Kedua
Modal ternak kambing untuk kos di bahagian kedua pula ialah kos operasi. Kos tersebut perlu dikira untuk bil utiliti, makanan asas, makanan tambahan, ubat-ubatan, racun serangga, bayaran doktor, upah pekerja dan seumpamanya.
Bil Utiliti
Bil utiliti ini sebenarnya termasuk dalam pusingan modal. Kerana ia perlu dibayar setiap bulan. Anggaran untuk kos utiliti ini Rm200-Rm450 sebulan.
Makanan Asas
Sumber makanan asas korang boleh memulakan dengan modal kecil. Alternatif berjimat ialah korang membeli benih atau anak pokok napier kemudian tanam napier disekeliling kandang atau tanah korang yg ada.
Jika tidak ada tanah, maka korang perlu membeli sumber makanan. Anggaran modal ternak kambing untuk makanan utama ialah Rm600 sebulan. Benih untuk napier atau tumbuhan rumput yang lain boleh didapati di pasaran.
Makanan Tambahan
Selain makanan utama, makanan tambahan juga perlu diberikan kepada kambing. Nak tahu cara menggemukkan kambing? Makanan tambahan lain ialah garam jilat. Fungsi garam jilat untuk membuang bendalir dalam badan kambing. Dan memberi tenaga juga membuat badan kambing menjadi gemuk. Kambing boleh dapat sakit dengan mudah. Dan kurang bendalir dalam diri.
Pastikan kambing mengambil makanan tambahan ini supaya sihat berterusan. Kos untuk garam jilat berjumlah RM100-RM200 sahaja. Dapat 10-20 bentuk bongkah garam jilat. Vita B juga boleh diberikan sebagai makanan tambahan. Modal ternak kambing dalam kos pemberian makanan tambahan vita B ialah RM30-RM40 sahaja sebotol.
Fosforus membantu tumbesaran kalsium yang sangat baik. Jadi kambing korang cepat besar. Kos untuk fosforus ialah RM50-RM60 sebotol.
Ubat-Ubatan
Dalam kos modal ternak kambing,ubat-ubatan menjadi modal yang tidak bulanan. Ia sekali sekala dan bila. Perlu sahaja.
1) Ubat luka
Ubat luka jenis krim lebih cepat jika luka itu tidak besar. Ubat luka jenis sembur boleh didapati tetap tidak berjimat.
2) Ubat luka yang berulat
Untuk luka yang berulat,ubat jenis penyembur amat rasa dan boleh menghalang ulat-ulat tersebut. Jika ulat sudah muncul diluka kambing korang,ia bermakna luka sudah lama. Dan korang tidak
membersihkannya.
3) Antibiotik
Doktor akan pantau. Sekiranya antibiotik diperlukan,doktor akan menjelaskan. Antibiotik tidak disimpan oleh penternak. Cuma kos untuk antibiotik perlu disediakan.
4) Ubat Cacing, kutu dan kurap
Ini ubat-ubatan yang perlu ada. Kos dalam ubatan ini anggaram untuk kesemua ubatan adalah dam Rm200-Rm300.
Racun Serangga
Racung serangga? Untuk apa? Melalui pengalaman aku, racun serangga utk kambing. Kalau korang nak cari la. Ia berfungsi untuk menghalang ulat dan lalat menghinggap najis kambing dan menghalang serangga dari badan badan kambing . Harga racun serangga itu Rm60 sebotol.
Jumpa Doktor
Modal untuk jumpa doktor tidak selalu dan tidaklah diwajibkan. Tetapi, persediaan modal untuk membawa kambing brjmpa doktor. Sekali jumpa untuk seekor anggaran Rm200-Rm500.
Keseluruahan Modal Ternak Kambing
Modal ternak kambing yang selesa keseluruhan dalam Rm150 ribu. Jangan terkejut. Pinjaman kan boleh dibuat. Jika korang tak nak terlibat dengan pinjaman, modal ternak kambing secara kecil-kecilan juga boleh diteruskan. Seperti yg dibincangkan dalam artikel ini.
Modal ternak kambing yang kos rendah berjumlah Rm5000-Rm10 ribu sahaja. Jika ini anggaran modal ternak kambing korang. Adalah dicadangkan korang mendapatkan 2 ke 4 ekor kambing
sahaja sebagai permulaan.
Jika korang meminjam dan memulakan modal ternak kambing dengan permulaan yang besar.ia akan mengambil masa selama 6-7tahun. Untuk pulangan modal yang besar. Jika korang keluarkan modal yang rendah, lebih lambat pulangan modal kepada korang.
Tetapi jangan risau, tetap ada pulangan sama ada dalam bentul modal atau pusingan modal. Apa yg penting, korang kena pandai menguruskan kewangan.
Panduan ternak kambing pdf
Penternakan kambing memang kerjaya yg menjanjikan pulangan yg lumayan kalau kena caranya. Bagi korang yg berminat menternak kambing dan serius menambah pengetahuan. Korang digalakkan mendapatkan panduan ternak kambing pdf di bawah:
Semoga berjaya kepada bakal-bakal penternak kambing sekalian.
Penutup
Korang minat nak ternak kambing kampung? Idea yg bagus! Tapi sebelum tu, baca dulu cara ternak kambing kampung yg betul ini. Jgn main hentam saja..
Penjagaan kambing boleh dikatakan ‘agak’ mudah tetapi ‘banyak’ juga yg perlu dibuat. Jom baca beberapa cara penjagaan kambing ini..
Umum mengetahui makanan utama kambing adalah rumput. Tapi tahukah korang, banyak lagi sebenarnya makanan kambing selain rumput? Ayuh ketahuinya di sini..
Susahlah bela kambing. Kena ada modal besar. Kena buat kandang lagi. Tapi tahukah orang, sebenarnya boleh aje bela kambing kecil-kecilan. Tak percaya?
Setiap perniagaan ada risiko. Begitu juga bidang ternakan kambing. Terdapat masalah penternakan kambing. Ketahui satu persatu & cara atasinya..