Kambing jamnapari berasal dari Ultar Pradesh. Ia dari baka India. Panggilan saintifiknya Capra Aegagrus Hircus. Di Indonesia dikenali sebagai Ettawah. Ettawah ialah salah satu nama daerah di India. Kambing jamnapari sejenis dwifungsi. Dwifungsi adalah boleh menghasilkan susu dan pendaging.
Isi Kandungan
Nama Jamnapari di ambil sempena nama dari sungai Yamuna. Maksud nama tersebut ialah tinggi dan gagah. Samalah dengan ciri-ciri kambing jamnapari.
Ciri-ciri kambing jamnapari Malaysia
Ciri-ciri kambing jamnapari Malaysia ialah bentuk muka cembung. Dan dagunya berjanggut. Telinga jamnapari pula panjang, besar dan lembik bergantung. Sedikit berlipat di hujungnya. Tanduk kambing jamnapari ini berdiri ke arah belakang. Dan melingkar hujungnya.Di bawah lehernya gelebeh dan botak di depan janggut atau dagunya.
keistimewaan kambing jamnapari
Kambing jamnapari sejenis kambing yang gagah. Sesuailah dengan nama ya jamnapari. Pari di dalam bahasa india bermaksud gagah. Ia juga kambing yang sukar mendapat penyakit. Jamnapari adalah baka yg mudah menyesuaikan diri. Dalam bentuk cuaca panas, sejuk pun ia boleh hidup sendiri.
Keistimewaan kambing jamnapari ini terletak pada kadar kematian yang sangat rendah. Kan kambing ni kambing yang kuat. Bagi anak kambing jamnapari hanya 3% kematian berbanding kambing dewasa pula 7% sahaja.
Kambing janampari ini dikategorikan sebagai baka kambing yang subur berbanding yang lain. Selain itu, keistimewaan kambing jamnapari ialah boleh menghasilkan 1-3 ekor kelahiran dalam satu masa. Fizikal kambing jamnapari ini berbadan besar dan berat boleh mencecah sehingga 35-70kg .
Pemakanan kambing jamnapari
Untuk sumber air, air mesti mencukupi bagi kambing jamnapari. 70% sumber makanan. Selebihnya air yang mencukupi. Antara makanan jamnapari ialah rumput dan daun yang kehijauan. Rumput, rumput guinea, napier, petai belalang, pelepah sawit dan daun nangka.
1) Rumput
Rumput yang bukan lalang ye korang. Harap korang jangan salah bagi pula. Sebagai penternak,korang mesti kenal mana rumput dan lalang tajam.
2) Rumput guinea
Rumput guinea nama saja di negara Guinea. Tetapi boleh didapati di Malaysia. Benihnya juga dijual di pasaran Malaysia. Ia adalah rumput yang terdapat di padang-padang.
3) Napier
Daun napier ini seperti daun pandan tetapi tidak tajam. Ia boleh didapati di pasaran dan diikat apabila ingin memberi makan kepada kambing jamnapari. Kambing jamnapari tidak cerewet dalam pemakanan. Cuma aku syorkan kepada penternak baru. Supaya belajar cara berperingkat dalam mengenalkan makanan baru kepada kambing tersebut.
4) Petai belalang
Petai belalang ialah sebuah pokok yang berasal dari sejenis pokok kekacang. Ia adalah antara tumbuhan yang memberi sumber protein terbaik untuk makanan kambing. Dimakan segar boleh. Mahupun sudah kering juga boleh diberikan kepada kambing jamnapari.
5) Pelepah sawit
Pelepah sawit perlu dikering dan dikisar terlebih dulu. Sehingga menjadi serbuk halus sebelum proses lain.Campuran bahan lain seperti hampas kacang soya berbeza mengikut haiwan ternakan sebagai contoh untuk kambing. Hampas kelapa juga bileh diberikan.
6) Daun nangka
Daun nangka ini bergetah. Jadi korang jangan pula terus bagi kepada kambing. Nanti jatuh sakit pula. Daun nangka mesti dibiarkan kering atau lagu sedikit. Apabila korang petik,biarkan selama dua hingga ke tiga hari, barulah beri kepada kambing jamnapari.
Selain daripada makanan diatas, makanan tambahan juga perlu diberikan. Makanan tambahan seperti vitavet dan dedak vita B.
Vitavet secara suntikan. Diambil 100ml sebulan sekali.
Dedak vita B berwarna hitam boleh diberikan kepada kambing jamnapari dua kali sebulan.
Kandang kambing jamnapari
Ukuran untuk kandang, pada biasanya, seekor kambing jamnapari memerlukan 10 kaki persegi. Saiz kandang yang petak pula biasanya berukuran samada 10 kaki × 10 kaki (untuk 8 – 12 ekor kambing). Untuk 13-15 ekor pula ukurannya 12 kaki × 12 kaki.
Saiz kandang mempengaruhi kuantiti kambing jamnapari. Semakin banyak bilangan jamnapari, semakin besar kandang perlu diperluaskan. Andaikata saiz lebih kecil seperti 10 kaki × 10 kaki. Itu hanya boleh memuatkan hingga 12 ekor (9 betina + 3 jantan).
Kambing jantang mesti kurang daripada kambing betina. Itu kebiasaan dalam memilih jantina. Begitu juga jika kambing jamnapari lebih besar, mungkin 10 ekor sahaja atau kurang dari itu.
Oleh kerana itu, kandang kambing jamnapari mesti berukuran 1 ekar tanah bersamaan 6-10 ekor kambing jamnapari. Kambing jamnapari sejenis kambing yang berbaka besar. Berat seekor kambing jantan 45kg ke atas manakala kambing betina 38kg ke atas.
Selain daging dan susu nya,bulunya juga perlu dijaga rapi. 95% kambing jamnapari di eksport ke luar negara dari sumber susu,daging dan kulitnya.
Harga kambing jamnapari di pasaran
Harga kambing jamnapari dewasa yang beratnya 45 kg ke atas ialah sekitar RM3200 manakala yang betina RM1600 bagi berat 38kg ke atas. Semasa jualan, kambing tersebut mestilah berumur 12 bulan ke atas.
Harga anak kambing jamnapari pula di antara RM900 hingga RM1100. Wah, lumayan juga. Anak kambing jamnapari yang dijual selalunya untuk ternakan semula.
Lebih menguntungkan lagi ialah apabila dapat menjual hasil tenusu kambing jamnapari sebelum menjual dagingnya.
Memang benar, modal bukan semua ada sekepuk kan. Usaha lain pula ialah pinjaman modal. Korang boleh jadikan sumber pengetahuan tentang apa yang aku nak kongsikan . Jadi disini aku ceritakan sedikit agensi yang membenarkan korang membuat pinjaman.
Pinjaman dari agensi-agensi
Antara agensi yang boleh memberi korang pinjaman. Untuk menternak kambing jamnapari. Antaranya MARDI,RISDA dan juga BANK PERTANIAN atau lebih dikenali AGRO BANK. Korang boleh memohon pinjaman dari mana mana bank ini. Jika semua dokumen dan kelengkapan yang diperlukan lengkap,senang saja pihak bank membantu memberikan pinjaman kepada korang.
Korang perlu berusaha dengan lebih kuat dan sabar dalam ujian mendatang. Dan jangan korang berhenti sekerat jalan pula selepas pinjaman diluluskan.
MARDI
Mardi ialah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia ialah sebuah badan berkanun. Satu agensi yang diamanahkan untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang makanan dan pertanian. Dan industri asas pertanian di Malaysia. MARDI banyak melahirkan usahawan yang berjaya dalam perniagaan. Ia ditubuhkan di bawah Akta MARDI.
RISDA
Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah ialah sebuah badan berkanun persekutuan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.RISDA ini ditubuhkan pada 1 Januari 1973.
Penubuhan ini mengikut Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah 1972. Meskipun nama syarikat ini getah namun ia bukan. Ia berasaskan perniagaan dan pertanian. Risda adalah syarikat yang membantu perniagaan kecil. Pinjaman mungkin boleh dimohon jika bertepati dengan syarat.
BANK PERTANIAN
Agrobank boleh dikategorikan sebagai bank pertanian. Kuasa Menteri Kewangan Diperbadankan.Pembiayaan Bank dalam sektor pertanian adalah didorong oleh dasar yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
ebook ternak kambing
Penternakan kambing memang kerjaya yg menjanjikan pulangan yg lumayan kalau kena caranya. Bagi korang yg berminat menternak kambing dan serius menambah pengetahuan. Korang digalakkan mendapatkan ebook ternak kambing di bawah:
Semoga berjaya kepada bakal-bakal penternak kambing sekalian.
Penutup
Korang minat nak ternak kambing kampung? Idea yg bagus! Tapi sebelum tu, baca dulu cara ternak kambing kampung yg betul ini. Jgn main hentam saja..
Penjagaan kambing boleh dikatakan ‘agak’ mudah tetapi ‘banyak’ juga yg perlu dibuat. Jom baca beberapa cara penjagaan kambing ini..
Umum mengetahui makanan utama kambing adalah rumput. Tapi tahukah korang, banyak lagi sebenarnya makanan kambing selain rumput? Ayuh ketahuinya di sini..
Susahlah bela kambing. Kena ada modal besar. Kena buat kandang lagi. Tapi tahukah orang, sebenarnya boleh aje bela kambing kecil-kecilan. Tak percaya?
Setiap perniagaan ada risiko. Begitu juga bidang ternakan kambing. Terdapat masalah penternakan kambing. Ketahui satu persatu & cara atasinya..
Secara asas, modal ternak kambing terbahagi kepada dua bahagian. Yang pertama, kos permulaan. Yang kedua ialah kos operasi. Baca selanjutnya..