Kandang Kambing Kos Murah

Kandang merupakan tempat tinggal dan tempat perlindungan kepada kambing. Kandang mestilah dalam keadaan yang selesa dan selamat untuk ternakan. Terdapat banyak jenis dan rekaan kandang kambing di Malaysia. Salah satunya kandang kambing kos murah.

Kandang Kambing kos murah

Kandang kambing kos murah ni dikenali sebagai lantai rendah. Selain itu, ia juga dikategorikan sebagai kandang tradisional.

Kandang kambing jimat kos

Selain itu, ia juga merupakan satu penjimatan kawasan. Dan ia ringkas serta senang untuk dibina. Rekaannya memudahkan penternak melakukan tugasan harian. Antara faktor-faktor penting untuk struktur reka bentuk kandang kambing kos murah ialah ianya melibatkan susun atur kandang, kemudian atap, lantai kandang, lantai bumi, tangga dan juga pemagaran kawasan ternakan.

Susun atur kandang

Kandang kambing boleh dibina bertentangan dengan arah matahari. Jika korang mempunyai lebih dari sebuah kandang, setiap dua buah hendaklah berjarak 30 kaki antara satu sama lain. Jika korang ingin membina kandang kambing kos murah, pastikan korang mengikut anggaran jarak tersebut.

Ini kerana, semasa pembinaan, kepadatan tanah termampat. Jadi, jika jarak tidak dilakukan maka struktur tanah akan menjadi lemah. Jika tidak, kemungkinan tanah runtuh boleh terjadi.

Jadi,jangan leka tentang penjarakkan sosial. Eh silap, penjarakkan kandang hehe..

Atap kandang kambing kos murah

Atap merupakan satu lagi struktur yang penting. Atap kandang kambing kos murah ini terbahagi kepada 3 jenis. Pemilihan atap mesti bersesuaian. Fungsi atap merupakan pelindung kepada hujan dan matahari. Antara atap yang selalu digunakan ialah zink, asbestos dan aluminium.

Korang boleh je cari atap yang murah atau atap terpakai asalkan berfungsi dan memainkan peranan dengan baik.

Atap seharusnya berfungsi menjadi pelindung haba yang baik. Jadi, biarpun murah janji ia berfungsi dengan baik dan melindungi ternakan dari panas dan hujan. Itu sudah memadai.

Atap lut sinar pun boleh dipasangkan. Atap lut sinar lebih banyak gunanya. Ini kerana ia boleh memberikan cahaya semulajadi. Tidak perlu pasang lampu di dalam kandang. Dan ia sebagai satu teknik baiki pencahayaan dalam kandang. Jarak antara rumpun atap dengan lantai ialah 12 kaki.

Jarak ini adalah optimum kerana korang akan keluar masuk kandang. Selain itu, ia membolehkan penjagaan dalam kandang kambing dibuat dengan bebas dan tidak sempit. Jangan bina rendah dari itu. Jika rendah, agak sukar korang nak membersihkan dan melakukan penjagaan harian.

Bucu atap pula 8 kaki jaraknya dengan lantai kandang.

Lantai kandang

Selalunya kayu menjadi sumber utama untuk binaan lantai kandang. Selain kayu, kayu balak/kayu bulat juga boleh. Tetapi mesti dipotong mengikut bentuk bongkah kayu. Lantai kandang kambing kos murah boleh dibina dengan bahan yang tahan lama. Bahan yang tidak melekit apabila basah. Dan tidak mudah rosak atau reput.

Untuk lantai kandang kambing kos murah, korang perlu cari kayu yang cepat kering. Lantai mestilah kayu, jangan guna simen pula. Ada juga sesetengah penternak menggunakan buluh. Boleh tetapi ia tidak tahan lama. Dan perlu kerap diganti.

Mengapa kayu? Ini kerana lantai kandang kambing kos murah perlu diberi ruang atau sela di antara lantai. Ruang untuk sela lantai ialah 1-1.5 cm. Ini bagi memudahkan tinja (najis kambing jatuh ke bawah. Sela ini jangan terlalu lebar kerana kaki kambing boleh tersekat di antara ruang tersebut.

Bagaimana pun, ini hanya anggaran. Korang perlu ukur jarak untuk ruang lantai kandang.

Tinggi lantai dengan tanah pula 5-6 kaki. Jangan terlalu rendah. Tinja (najis) kambing akan berada di bawah lantai. Jika terlalu rendah, risiko untuk kambing mendapat penyakit adalah tinggi.

Penyakit yang boleh menjangkiti ternakan kerana terlalu dekat dengan tinja ialah mata berair, batuk dan sesak nafas. Jadi, bina lantai tinggi dari tanah. Penyakit itu terjadi kerna pencemaran tinja.

Lantai bumi kandang kambing

Kandang kambing kos murah ini ada rekaan lantai bumi. Lantai bumi ini dibina dari simen. Fungsi lantai bumi ini adalah untuk memudahkan pembersihan tinja. Memudahkan penternak mencuci bahagian bumi lantai.

Kalau bermodal lebih, boleh menggunakan marmar dan sebagainya. Tapi, jaranglah penternak menggunakan lantai bumi selain simen. Lantai tersebut perlu cenderun atau condong ke bawah sebanyak 2° (dua darjah). Kecondongan ini memudahkan najis dibersihkan atau dikumpulkan di hujung kandang. Selain itu, untuk menjamin kebersihan simen’.

Tangga kandang

Tangga kandang kambing kos murah diperbuat daripada kayu. Ada juga yang membina tangga dengan menggunakan simen dan batu bata. Tiada masalah. Terpulang kepada bajet korang.

Kandang kambing kos murah juga boleh menggunakan konkrit kasar dan kesat untuk tangga. Konkrit kasar ada manfaat lain. Manfaatnya ialah untuk mengurangkan masalah kuku panjang yang sering berlaku pada kambing. Apabila kuku kambing dan tangga konkrit bergeseran, secara diam-diam boleh membantu mengurangkan masalah tersebut.

Pagar kandang

Pagar kandang kambing kos murah perlu untuk menggelakkan risiko kehilangan ternakan. Jadi, pagar mesti dibina. Dua faktor berlakunya kehilangan ternakan kambing. Salah satunya ialah
berpunca kehilangan dengan kambing melompat keluar. Keduanya ialah kecurian.

Selain itu, pagar juga berperanan menghalang ternakan lain masuk ke dalam kawasan kandang kambing. Ini boleh mengelakkan kambing lain yang berpotensi membawa penyakit berjangkit.

Untuk pemasangan pagar kawasan kandang kambing kos murah. Tiga jenis tiang pagar boleh digunakan. Iaitu tiang pagar jenis besi galvani, angle iron atau kayu.

1) Besi galvani jenis yang tahan lasak, tidak mudah patah. Ia berat, tahan haba tinggi dan tetapi boleh berkarat. Ada dua jenis gred ketebalan.

2) Angle iron boleh menahan rempuhan atau tolakan kasar. Kerana bentuknya yang melengkung, kepingan besi sudut mampu menahan tekanan yang besar. Lenturannya 90°, besi sudut adalah salah satu elemen sokongan struktur terkuat. Ia boleh mengagihkan tekanan yang sama rata. Ia boleh menahan lenturan dan seluruh kayu.

3) Kayu yang telah dibentuk menjadi bongkah panjang atau beruti. Tidak perlu lagi dinyatakan kebaikkan kayu. Memang sesuai dijadikan pagar untuk menghalang kambing melompat keluar dari kandang. Hanya saja ia tidak setahan besi bergalvani.

Panjang tiang pagar aku cadangkan tujuh kaki. Berdasarkan pengalaman. Tiang perlu ditanam sedalam dua kaki ke dalam tanah. Dan 5 kaki lagi di permukaan. Tinggi pagar yang akan dibina nanti adalah lima kaki tinggi. Jadi jarak di antara tiang ke tiang ialah 10 kaki.

Kandang kambing kos murah yang baik boleh memastikan ternakan membesar dengan selamat, baik dan sihat.

Untuk ingatan lagi sekali. Sebagai pemulaan dalam dunia penternakan, jangan gunakan modal terlalu banyak dalam membina kandang. Ini kerana, dikhuatiri modal akan habis banyak untuk
kandang. Tetapi tidak ada untuk ke peringkat seterusnya. So, beringat-ingat la ya..

panduan ternak kambing pdf

Penternakan kambing memang kerjaya yg menjanjikan pulangan yg lumayan kalau kena caranya. Bagi korang yg berminat menternak kambing dan serius menambah pengetahuan. Korang digalakkan mendapatkan panduan ternak kambing pdf di bawah:

Panduan ternak kambing pdf

Semoga berjaya kepada bakal-bakal penternak kambing sekalian.

Penutup

Korang minat nak ternak kambing kampung? Idea yg bagus! Tapi sebelum tu, baca dulu cara ternak kambing kampung yg betul ini. Jgn main hentam saja..

Penjagaan kambing boleh dikatakan ‘agak’ mudah tetapi ‘banyak’ juga yg perlu dibuat. Jom baca beberapa cara penjagaan kambing ini..

Umum mengetahui makanan utama kambing adalah rumput. Tapi tahukah korang, banyak lagi sebenarnya makanan kambing selain rumput? Ayuh ketahuinya di sini..

Susahlah bela kambing. Kena ada modal besar. Kena buat kandang lagi. Tapi tahukah orang, sebenarnya boleh aje bela kambing kecil-kecilan. Tak percaya?

Setiap perniagaan ada risiko. Begitu juga bidang ternakan kambing. Terdapat masalah penternakan kambing. Ketahui satu persatu & cara atasinya..

Secara asas, modal ternak kambing terbahagi kepada dua bahagian. Yang pertama, kos permulaan. Yang kedua ialah kos operasi. Baca selanjutnya..

Kambing jamnapari sejenis kembing dwifungsi. Dwifungsi adalah boleh menghasilkan susu dan pendaging. Jom kenali baka istimewa ini..

Kalau tanya jenis kambing di dunia tak cukup mukasurat ingin diceritakan. Jenis-jenis kambing di Malaysia pun banyak. Ini 10 jenis yg popular.

Makanan utama kambing ialah rumput. Rumput ada banyak jenis. Tapi banyak juga sebenarnya rumput yang tidak boleh dimakan kambing..

Leave a Comment

error: Content is protected !!