Jenis Kambing Di Malaysia (Top 10)

Kalau tanya jenis kambing di dunia tak cukup mukasurat ingin diceritakan. Jenis kambing di Malaysia pun banyak tetapi dapat aku selitkan beberape jenis kambing yang popular. Rasa daging kambing ini yang sedap, membuatkan ia mempunyai peminat tersendiri. Jom kenali baka-baka kambing yg ada di negara kita ini. Mungkin korang boleh menternak kambing jenis ini.

Jenis-Jenis Kambing Di Malaysia

Berikut senarai top 10 jenis kambing di Malaysia:

1) Kambing Boer

Kambing Boer berasal dari Afrika Selatan. Maksud boer ialah petani atau penternak. Jenis kambing boer ini pendaging. Badan kambing boer Malaysia berwarna putih dan kepalanya berwarna merah. Telinganya yang pendulous.

Tumbesarannya yang lebih cepat. Kelahiran dalam kadar yang tinggi. Kelebihan kambing boer Boleh mendapatkan daging kambing boer. Pemberian rumput dan rumput kering boleh menaikkan berat badan kambing boer.

Berat badan mencecah 50-70 kilogram dalam masa 8-10 bulan. Hasil peratus penyembelihan daging ialah 54%. Apabila beriklim zon tengah, ia mampu menyesuaikan diri. Tidak memerlukan makanan berlebihan.

Kambing Boer betina mampu melahirkan dua kali setahun. Imun kesihatan yang sangat baik. Tidak mudah jatuh sakit. Ini antara jenis kambing di Malaysia.

Seterusnya ialah;

2) Kambing Katjang

Kambing Katjang berasal daripada Malaysia dan Indonesia. Ia sejenis kambing kampung. Kambing katjang berbadan kecil, pendek dan tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang. Ia memiliki telinga yang tegak ke sisi. Kambing Katjang jantan mempunyai janggut. Warna kambing katjang ini berwarna hitam dan coklat selalunya.

Kelebihan katjang

Kambing katjang mempunyai kadar kelahiran kembar yang tinggi. Berat lahir ialah 1.8 kg bagi kambing jantan dan 1.6 kg bagi kambing betina.Berat dewasa kambing pula bagi kambing jantan sehingga 25-30kg dan bagi kambing betina 20-25kg.

Penghasilan susu sebanyak 300g untuk 3bulan pertama selepas melahirkan. 200g sehari selepas 4 bulan melahirkan. Tahan lasak dalam apa jua cuaca. Dan sangat sesuai dengan cuaca di Malaysia yg kering dan lembap.

Yang lebih istimewa ialah mudah sembuh luka dengan cepat.Kambing katjang juga tahan dengan serangan parasit. Biarpun dari dalam mahupun luaran. Ia juga tahan dengan serangan kecacingan dalam perut. Tidak perlu bagi ubat cacing, ia ada imun yang sendiri.

3) Kambing Jamnapari

Jenis kambing di Malaysia yang selanjutnya ialah kambing jamnapari berasal dari India. Pari yang bermaksud gagah. Ia juga dikenali sebagai Ettawa. Lebih popular Jamnapari. Kambing Jamnapari ini dikategorikan sebagai kambing paling subur.

Ia boleh menghasilkan 1-3 ekor kelahiran dalam 1 masa. Mukanya cembung digelar Roman Nosed. Telinganya yang panjang kebawah.pada bahagian leher dan punggung kambing ini mempunyai bulu yang lebat.

Kelebihan Jamnapari

Setiap jenis kambing di Malaysia ini ada kelebihan. Begitu juga kambing janampari. Pembiakannya berkembang dengan cepat dan mulai cekap iaitu setahun 2 kali dengan purata 2 ekor anak setiap kali kelahiran. Juga berupaya melahirkan 4 ekor anak dalam satu kelahiran.

Matang ketika berumur 6 bulan dan pada usia 10 bulan sudah boleh mengawan. Saiznya yang besar dan berat.Berat dewasa dianggarkan adalah 36 – 65 kg seekor dan boleh mencapai sehingga ke tahap 100 kg keatas. Berat kan?

Boleh di jual sewaktu umur 6 bulan (berat 20kg) samada untuk pembakaan atau penyembelihan. Dalam masa sebulan, pertumbuhan berat badan adalah tinggi mencapai antara 4 hingga 6 kg. Kadar kematian rendah. Kematian anak kambing jamnapari juga rendah.

4) Kambing Alpine

Kambing Alpine juga antara jenis kambing di Malaysia. Ia berasal dari pergunungan Alpine, Switzerland. Namanya diberi di Jerman. Bernese oberland bern Switzerland. Kambing alpine ini dwiguna. Ini bermaksud, memberi susu dan pendaging. Tetapi lebih kepada tenusu.

Ciri-ciri kambing alpine ialah telinga yang sederhana dan mengarah ke atas sedikit.

5) Kambing Saanen

Kambing saanen ini juga berasal dari Switzerland.Bulunya dominan berwarna putih. Hidungnya lurus dan mukanya berbentuk segitiga. Telinga tegak dan menhala ke hadapan. Ia juga dwiguna.

Bermaksud boleh mendapatkan susu dan pendaging. Ia mempunyai titik hitam pada kawasan hidung, telinga dan kelenjar susu. Ekornya pendek dan agak tipis. Ada kekacang pada lehernya. Sehari boleh memberi 3-6 liter susu banyaknya.

6) Kambing Toggenburg

Kambing Toggenburg ini berasal dari Toggenburg Valley, Switzerland. Saiznya lebih kecil daripada kambing Alpine. Telinga dan kaki belakang kambing Toggenburg berwarna putih. Prestasi paling baik di kawasan beriklim sejuk.

Kambing Toggenburg adalah jenis penghasil tenusu. Yang istimewa ialah susunya pernah eksport ke lebih 50 buah negara. Kambing Toggenburg merupakan salah satu daripada jenis kambing di Malaysia.

7) Kambing Cashmere

Jenis kambing di Malaysia yang ke 7 pula ialah kambing Cashmere. Kambing ini lebih banyak terdapat di China, Turki, Afghanistan, Iraq & Iran. Di Malaysia ada sebanyak 37% populasinya. Ini menurut data Jabatan Veterinar la.

Kambing cashmere ini mudah dipelihara dan tahan dari penyakit. Ia boleh bertahan dan tidak berjangkit dari kambing lain. Bulunya akan dicukur setahun sekali sahaja. Sekarang ia banyak dibiakkan di USA semenjak 1980. Dan kini baka diimport dari Australia dan ke asia.

8) Kambing Barbados

Kambing barbados adalah dalam golongan keluarga bebiri. Tetapi ianya tidak mempunyai bulu yang tebal seperti bebiri. Baka ini juga dikenali sebagai Barbados Black Belly. Ini kerana di bahagian perutnya ada berwarna sedikit kehitaman.

Berbeza dengan bebiri yang lain, kambing Barbados ini tidak mempunyai bulu yang tebal. Tetapi hanya mempunyai bulu yang seakan akan rambut. Kambing barbados ini kelihatan seperti kambing kampung. Ia adalah pendaging. Baka jenis ini boleh hidup dalam suhu sederhana.

Ia tahan panas dan tahan penyakit. Ini menyebabkan penternak kambing di Malaysia mengemari baka kambing barbados ini.

9) Kambing Damara

Kambing damara atau juga dikenali sebagai dorper. Berasal dari Afrika Selatan. Kambing ini dikacukan Dorset Horn dengan baka Blackhead Persian. Antara ciri-cirinya ialah bebiri ini mempunyai bulu yang halus dan tidak tebal.

Mempunyai perasaan kasih sayang ibu kambing yang kuat dan sangat baik. Kambing ini tahan lasak. Boleb bertahan hidup di dalam salji dan kawasan yang sejuk. Ketahanan penyakit agak tinggi.

Tidak mudah dijangkiti dan tidak mudah jatuh sakit. Mampu menghasilkan antara kulit (sheepskin) yang terbaik di dunia.

10) Kambing Merinor

Yang terakhir di antara jenis kambing di Malaysia ialah kambing merinor. Kambing ini berasal atau diketahui wujudnya pada abad ke 13 di Sepanyol. Merinor atau juga panggilan lainnya domba.

Domba atau merinor ini mempunyai bulu yang terbaik. Ia juga seekor kambing yang mempunyai kerangka dan haiwan yang kuat. Warnanya putih dan seolah dirembes kekuningan minyak.

Bulu ia menutupi seluruh badan. Hanya muncung yang panjang sahaja kelihatan. Bulunya yang mahal dan padat itu menyebabkan semua industri berminat dan diminati industri tesktil. Bagi tujuan pembekal, ia mempunyai peluang keuntungan yang tinggi.

Kebaikan dan keburukan Kambing merinor

Kambing merinor ini tidak memerlukan penjagaan dan pemeliharaan yang teliti. Boleh menghasilkan banyak bulu yang cantik yang sangat diminati di pasaran tekstil dunia. Ia tidak perlu diet khas.

Penternak boleh memakan daging kambing tersebut. Cepat menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca dan cuaca.Boleh disimpan di luar rumah. Kambing betina sangat subur. Boleh melahirkan 2-4 ekor anak domba.

Namun ada juga kelemahan atau keburukan. Lapisan padat bulu terdedah kepada kerosakan parasit. Parasit bersarang didalam bulunya yang tebal. Bulunya juga mudah lembap. Dan bolehmengakibatkan bau yang kurang senang dan sedikit busuk.

Demikian senarai 10 baka kambing Malaysia. Agak-agak, mana satu yang menarik minat korang untuk korang ternak?

Panduan ternak kambing pdf

Penternakan kambing memang kerjaya yg menjanjikan pulangan yg lumayan kalau kena caranya. Bagi korang yg berminat menternak kambing dan serius menambah pengetahuan. Korang digalakkan mendapatkan panduan ternak kambing dalam format pdf di bawah:

Panduan ternak kambing pdf

Semoga berjaya kepada bakal-bakal penternak kambing sekalian.

Penutup

Korang minat nak ternak kambing kampung? Idea yg bagus! Tapi sebelum tu, baca dulu cara ternak kambing kampung yg betul ini. Jgn main hentam saja..

Penjagaan kambing boleh dikatakan ‘agak’ mudah tetapi ‘banyak’ juga yg perlu dibuat. Jom baca beberapa cara penjagaan kambing ini..

Umum mengetahui makanan utama kambing adalah rumput. Tapi tahukah korang, banyak lagi sebenarnya makanan kambing selain rumput? Ayuh ketahuinya di sini..

Susahlah bela kambing. Kena ada modal besar. Kena buat kandang lagi. Tapi tahukah orang, sebenarnya boleh aje bela kambing kecil-kecilan. Tak percaya?

Setiap perniagaan ada risiko. Begitu juga bidang ternakan kambing. Terdapat masalah penternakan kambing. Ketahui satu persatu & cara atasinya..

Secara asas, modal ternak kambing terbahagi kepada dua bahagian. Yang pertama, kos permulaan. Yang kedua ialah kos operasi. Baca selanjutnya..

Kambing jamnapari sejenis kembing dwifungsi. Dwifungsi adalah boleh menghasilkan susu dan pendaging. Jom kenali baka istimewa ini..

Leave a Comment

error: Content is protected !!