Rumput Yang Tidak Boleh Dimakan Kambing

Kambing dikenali sebagai herbivor yakni haiwan jenis yang makan dedaunan. Sumber utama makanan kambing ialah rumput. Seperti yg korang tahu, rumput ada banyak jenis. Dan banyak sebenarnya rumput yang tidak boleh dimakan kambing..

Rumput Yang Tidak Boleh Dimakan Kambing

Jika kambing memakan atau termakan rumput yang tidak boleh dimakan kambing, akan mengakibatkan keracunan, kembung perutdan lain-lain implikasi kesihatan. Sehingga boleh menyebabkan kematian. Jadi pengetahuan tentang rumput yang tidak boleh dimakan kambing adalah sangat penting.

Daun ubikayu / daun pucuk ubi

Daun pucuk ubi yang segar tidak boleh diberi pada kambing. Daun pucuk ubi hanya boleh diberi kepada kambing apabila daun itu dikeringkan. Korang perlu keringkan dahulu sebelum beri kambing makan. Kerana getah daun tersebut boleh menyebabkan perut kambing kembung dan mengalami cirit birit.

Rumput yang menyebabkan keracunan

Antara rumput yang tidak boleh dimakan kambing lagi ialah alpukat, azalea, chocolate bar, kangkung, semak tajam, lilac, lily lembah dan parthenium hysterophorus.

Alpukat sejenis rumput yang sukar didapati namun ada. Ia sejenis rumput yang tajam dan ada toksik. Kemungkinan apabila kambing termakan, ia akan menyebabkan kambing sakit kembung perut atau kecacingan.

Azalea pula sejenis rumput berbunga. Pada bunga dan tangkainya ada gas yang bertoksik.

Coklat apa pun tidak sesuai dimakan kambing. Jadi, tidak perlu dijelaskan lagi.

Kangkung termasuk tumbuhan oksalat. Tumbuhan oksalat adalah rumput yang tidak boleh dimakan kambing.

Begitu juga semak. Semak dan lalang berbeza. Harap korang dapat bezakannya.

Lilac dan lily lembah pula sejenis tumbuhan berbunga. Di bunga tumbuhan itu ada gas yang menyebabkan keracunan.

Parthenium hysterophorus pula sejenis rumput yang miang. Akan mengakibatkan kegatalan dan kecacingan. Rumput ini boleh menyebabkan kematian kambing akibat memakan tumbuhan ini. Rumput ini banyak terdapat di mexico. Di negara kita amat sedikit, tetapi ada.

Jadi, korang jangan sukahati bagi je. Pastikan korang sudah mulai mengenali mana yang boleh dimakan dan mana rumput yang tidak boleh dimakan kambing. Selain itu, kobis juga tidak boleh dimakan. Ia akan mengakibatkan perut kambing kembung. Rumput-rumput yang tidak boleh dimakan kambing ini akan mengakibatkan keracunan, kembung,dan kecacingan.

Kambing bunting

Korang kena pantau kepada kambing yang bunting pula. Mengapa? Kerana ada pula yang rumput yang tidak boleh dimakan kambing yang bunting. Antara tumbuhan yang tidak boleh dimakan kambing bunting ialah daun kapuk, trembesi, alpukat, daun bunga raya, rumput semalu dan lalang tajam.

Daun kapuk atau lebih dikenali sebagai ubi gajah. Ia terdapat di semua tempat dan senang atau mudah untuk mendapatkannya. Ia bergetah. Tidak boleh dimakan kerana getahnya mengakibatkan kecacingan.

Trembesi sejenis pokok yang berdaun rimbun. Ia sukar didapati. Hanya terdapat dikawasan hutan dan kawasan tanaman orang. Ia sedikit bergetah dan berbunga merah jambu.

Daun bunga raya kategori pokok bergetah dan berlendir. Juga mengakibatkan kecacingan. Mudah didapati. Jangan berikan kepada kambing walaupun selepas dikeringkan. Ia memang tidak boleh makan daun bunga raya ini.

Rumput semalu dan lalang tajam. Rumput semalu ada gas yang bertoksik,dan dengan mata kasar juga sudah mengetahui ia rumput yang tajam. Jadi,tidak perlu dinyatakan lagi. Tidak perlu beri kambing makan sesuatu yang tajam apatah lagi rumput semalu.

Lalang tajam? Ada tak yang belum tahu lalang dan rumput adalah berbeza? Ya, lalang sejenis rumput yang tajam dan liar. Ia boleh hidup sendiri dan dimana mana kawasan lapang. Rumput pula tidak kasar dan boleh dibela atau disemai. Ia tidak meliar kerana terhad pertumbuhannya.

Rumput bergetah atau diracun

Selain itu, apa juga tumbuhan atau rumput yang bergetah dan rumput atau pokok yang diracun tidak boleh. Ini kerana rumput yang bergetah akan menyebabkan kecacingan dalam perut. Ini boleh menyebabkan kambing kurus kering sehingga menyebabkan kematian.

Rumput dan tumbuhan yang diracun pula akan mengakibatkan keracunan. Juga menyebabkan kematian. Jika korang leka, perkara ini akan mengakibatkan satu kerugian yang besar.

Gas yang buat perut kambing kembung

Ada juga tumbuhan yang jarang didapati di Malaysia yang tidak boleh kambing makan. Walaupun demikian, korang kena ambil tahu. Banyak juga tanaman landskap serupa rumput yang tidak boleh dimakan kambing. Ia jarang didapati tetapi ada di kawasan tertentu. Mengapa rumput boleh mengakibatkan keracunan? Keracunan atau kembung perut terjadi kepada kambing apabila gas karbon dioksida dan gas metana C CD2 dan CH4 bercampur.

Ia mengakibatkan kembung perut kepada kambing. Contoh rumput yang tidak boleh dimakan kambing yang mempunyai gas tersebut termasuklah jelatang, kecubung, tembakau dan
beberapa lagi yang bertoksik.

Kesan yang berbeza kepada kambing

Apabila kambing memakan tumbuhan yang tidak boleh dimakan kambing, ia memberi kesan yang berlainan. Antara kesan yang berbeza itu adalah menyebabkan keracunan walaupun tumbuhan tidak beracun. Ada pula tidak bersesuaian dengan perut. Mengakibatkan sakit atau kembung perut. Dan risiko kematian ada tetapi tidak semua tinggi. Ini bergantung kepada ketahanan kambing berkenaan.

Namun korang berisiko rugi kerana kambing mungkin tidak mati tetapi tidak sihat. Jadi, rumput yang tidak boleh dimakan kambing perlu dititik beratkan. Jangan main bagi je. Kesihatan kambing perlu menjadi keutamaan. Kerana ia mendatangkan hasil lumayan jika kambing sihat dan gemuk.

Rumput yang disukai kambing

Secara asasnya kebanyakan rumput lembut dan tidak beracun adalah rumput yang disukai kambing. Selain itu, daun-daun hijau adalah juga makanan asas yg digemari kambing.

Namun, rumput yang disyorkan untuk pemakanan kambing adalah rumput Napier dari spesies Napier Taiwan. Ini kerana, rumput jenis ini mengandungi serat (fiber) untuk menolong penghadaman kambing.

Selain itu, rumput Napier Taiwan juga memiliki protein yang lebih tinggi berbanding rumput jenis lain. Lebih kurang 14% lebih berbanding kebanyakan rumput.

Satu lagi, Napier Taiwan yang tidak berbulu ini juga boleh mengelakkan daripada mulut kambing luka semasa memakannya.

Makanan tambahan lain

Kambing boleh makan kismis, kerepek jagung dan juga beberapa keping roti. Roti yang belum berkulat ye. Buah-buahan dan sayur-sayuran juga boleh dinikmati seperti tembikai, pir, pic, pisang, anggur, lobak, selada, saderi, labu, dan bayam.

Itu makanan tambahan jika korang perlukannya. Seperti korang sedia maklum, rumput yang tidak boleh dimakan kambing agak banyak juga. Jadi, korang janganlah cuba cuba pula nak bagi untuk uji ketahanan kambing korang. Jangan tau.

Ada juga diceritakan, penternak yg sudah biasa memberi kambing makan rumput kemudian tiba-tiba mengubahnya kepada daun ubi kayu. Pada saat itu, risiko untuk kambing kembung adalah sangat tinggi. Ini kerana perubahan makanan secara mendadak menyebabkan perut terkejut dan proses penghadaman menjadi terbantut. Ia mengakibatkan kambing tersebut terkena sakit.

Beri kambing makanan berperingkat jika ingin ubah jenis rumput

Apa cara yang baik? Yang korang perlu lakukan ialah, mengubah pola pemakanan kambing secara berperingkat. Sedikit demi sedikit, barulah korang boleh lihat perubahan pada kambing. Perubahan pada poket pun akan nampak juga. InsyaAllah heheh..

Jikalau okey, barulah boleh diteruskan. Itupun daun ubi kayu yang telah dikeringkan. Kalau korang ubah pemakanan kambing korang kepada daun ubi kayu la. Jika tak serasi, korang berhenti beri daun ubi kayu, atau lain lain. Jangan bagi sebelum ia dikeringkan. Memang tidak boleh.

Ini bukan terhad kepada daun ubi kayu sahaja. Sama semua rumput atau daun. Cara untuk mengetahui sama ada kambing serasi atau tidak dengan pemakanannya. Dengan cara memberi makan secara berperingkat. Harap ilmu ni bermanfaat kepada korang. Selamat maju jaya.

Panduan ternak kambing pdf

Penternakan kambing memang kerjaya yg menjanjikan pulangan yg lumayan kalau kena caranya. Bagi korang yg berminat menternak kambing dan serius menambah pengetahuan. Korang digalakkan mendapatkan panduan ternak kambing pdf di bawah:

Panduan ternak kambing pdf

Semoga berjaya kepada bakal-bakal penternak kambing sekalian.

Penutup

Korang minat nak ternak kambing kampung? Idea yg bagus! Tapi sebelum tu, baca dulu cara ternak kambing kampung yg betul ini. Jgn main hentam saja..

Penjagaan kambing boleh dikatakan ‘agak’ mudah tetapi ‘banyak’ juga yg perlu dibuat. Jom baca beberapa cara penjagaan kambing ini..

Umum mengetahui makanan utama kambing adalah rumput. Tapi tahukah korang, banyak lagi sebenarnya makanan kambing selain rumput? Ayuh ketahuinya di sini..

Susahlah bela kambing. Kena ada modal besar. Kena buat kandang lagi. Tapi tahukah orang, sebenarnya boleh aje bela kambing kecil-kecilan. Tak percaya?

Setiap perniagaan ada risiko. Begitu juga bidang ternakan kambing. Terdapat masalah penternakan kambing. Ketahui satu persatu & cara atasinya..

Secara asas, modal ternak kambing terbahagi kepada dua bahagian. Yang pertama, kos permulaan. Yang kedua ialah kos operasi. Baca selanjutnya..

Kambing jamnapari sejenis kembing dwifungsi. Dwifungsi adalah boleh menghasilkan susu dan pendaging. Jom kenali baka istimewa ini..

Kalau tanya jenis kambing di dunia tak cukup mukasurat ingin diceritakan. Jenis-jenis kambing di Malaysia pun banyak. Ini 10 jenis yg popular.

Dalam artikel ini dikongsikan beberapa keperluan untuk memulakan penternakan kambing yg mesti korang tahu sebelum memulakan projek ternakan.

1 thought on “Rumput Yang Tidak Boleh Dimakan Kambing”

  1. Saya ada 35ekur kambing betina & 2ekur kambing jantan bermula May ‘22. Sejak itu kambing kambing saya membiak sehinga mencecah 60+ ekor. Tapi, beberapa bulan kebelakangan ini hampir 20ekor sudah mati akibat masalah perut berak tahi licak.
    Saya pohon apa kah obat nya & apa kemungkinan pengebab nya.

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!