5 Cara Penternak Kambing Menjana Keuntungan Lumayan

Pernah tak korang fikir kenapa para penternak kambing kecil-kecilan sentiasa tersenyum walaupun banyak menghabiskan masa dan tenaga mereka setiap hari menjaga kambing-kambingnya tanpa rasa jemu? Ya, ini kerana projek ternakan kambing amat menguntungkan dan mampu buat duit lumayan walaupun ia kelihatan sedikit memenatkan jika korang lakukannya sendiri secara kecil-kecilan! Jom kali ni kita lihat 5 cara penternak kambing menjana keuntungan lumayan.

5 cara penternak kambing menjana keuntungan lumayan

Bayangkanlah jika korang memiliki ladang ternakan kambing yang luas, dipenuhi dengan baka-baka kambing pedaging & penusu yang sihat dan 3G (gemuk, gebu, gempal), pastinya projek ternakan kambing korang menjana keuntungan yang amat-amat lumayan- DIJAMIN!

Ia disebabkan oleh permintaan terhadap kambing yang sungguh tinggi dari dalam dan luar negara DAN permintaan ini semakin meingkat dari tahun ke tahun..

Tapi bagaimana sebenarnya ternakan kambing ini mampu menjana keuntungan lumayan untuk para penternak?

Berikut antara 5 cara sebenar bagaimana para penternak kambing membuat duit yang banyak dengan hanya menternak kambing:

1 – Menjual Kambing

Ramai orang mahukan kambing sama ada untuk mendapatkan dagingnya bagi tujuan kenduri atau makan sendiri mahupun mendapatkannya untuk memulakan projek ternakan secara kecil-kecilan. Jika korang mempunyai baka kambing yang bagus, korang mampu buat duit lumayan dengan menjual kambing. Malah korang juga boleh mengeksport daging kambing korang ke luar negara!

2 – Menjadi Pembekal Susu Kambing

Susu kambing mempunyai khasiat yang banyak dan cukup menyihatkan. Ramai pengeluar produk berlumba-lumba mengeluarkan produk susu kambing sama ada untuk diminum ataupun sebagai produk penjagaan diri seperti sabun dan syampu. Korang pasti dapat jana keuntungan dengan menjadi pembekal susu kambing kepada para pengeluar produk tersebut.

3 – Menjadi Pembekal Kulit, Bulu & Tanduk Kambing

Kulit, bulu dan tanduk kambing mungkin tidak bernilai di mata korang tetapi ia turut mendapat permintaan yang tinggi bagi tujuan menghasilkan kraftangan. Malah ada yang menghasilkan jaket-jaket kulit serta kasut boot berasaskan kepada kulit kambing. Ia mampu menjana keuntungan besar untuk korang.

4 – Menjadi Pembekal Baja Organik

Najis kambing mungkin berbunyi agak kotor dan tidak menyenangkan tetapi ia boleh menjadi baja organik yang bagus untuk tanaman-tanaman korang. Ia terbukti begitu berkesan dan tidak mendatangkan sebarang kebahayaan kepada tanaman serta ternakan korang. Ia boleh menjana keuntungan tanpa perlu kos yang tinggi.

5 – Menjadi Pembekal Usus Kambing

Sekilas pandang, usus kambing mungkinlah antara organ yang kita sering anggap remeh dan tidak berguna tetapi ia sebenarnya amat bermanfaat dalam bidang perubatan. Usus-usus kambing ini akan diproses dan dijadikan sebagai benang jahitan pembedahan kerana ianya begitu tahan lama dan terbukti selamat digunakan.

Jadi, ini antara 5 cara utama bagaimana para penternak menjana pendapatan lumayan melalui projek ternakan kambing.. Patutlah ramai orang semakin berminat untuk terjun ke bidang penternakan kambing kerana ia terbukti menjanjikan keuntungan!

Bukan setakat itu, korang juga boleh buat duit sampingan setiap bulan sambil-sambil korang menternak kambing.. Ini mampu membantu korang terus menjalani kehidupan harian tanpa perlu berfikir panjang tentang sebarang masalah kewangan..

Kesimpulan

Jadi tiada alasan lagi untuk korang tidak berani memulakan projek ternakan kambing korang sendiri kerana ia mampu membantu korang menjana keuntungan lumayan DAN menjana income sambilan yang agak menguntungkan walaupun korang masih baru memulakannya!

Nak belajar cara sebenar memulakan penternakan kambing yang benar-benar menguntungkan korang?

Panduan Memulakan Penternakan Kambing

Penternakan kambing memang kerjaya yg menjanjikan pulangan yg lumayan kalau kena caranya. Bagi korang yg berminat menternak kambing dan serius menambah pengetahuan. Korang digalakkan mendapatkan rujukan di bawah:

ebook ternak kambing - panduan memulakan penternakan kambing

Semoga berjaya kepada bakal-bakal penternak kambing sekalian.

Penutup

Korang minat nak ternak kambing kampung? Idea yg bagus! Tapi sebelum tu, baca dulu cara ternak kambing kampung yg betul ini. Jgn main hentam saja..

Penjagaan kambing boleh dikatakan ‘agak’ mudah tetapi ‘banyak’ juga yg perlu dibuat. Jom baca beberapa cara penjagaan kambing ini..

Umum mengetahui makanan utama kambing adalah rumput. Tapi tahukah korang, banyak lagi sebenarnya makanan kambing selain rumput? Ayuh ketahuinya di sini..

Susahlah bela kambing. Kena ada modal besar. Kena buat kandang lagi. Tapi tahukah orang, sebenarnya boleh aje bela kambing kecil-kecilan. Tak percaya?

Setiap perniagaan ada risiko. Begitu juga bidang ternakan kambing. Terdapat masalah penternakan kambing. Ketahui satu persatu & cara atasinya..

Secara asas, modal ternak kambing terbahagi kepada dua bahagian. Yang pertama, kos permulaan. Yang kedua ialah kos operasi. Baca selanjutnya..

Kambing jamnapari sejenis kembing dwifungsi. Dwifungsi adalah boleh menghasilkan susu dan pendaging. Jom kenali baka istimewa ini..

Kalau tanya jenis kambing di dunia tak cukup mukasurat ingin diceritakan. Jenis-jenis kambing di Malaysia pun banyak. Ini 10 jenis yg popular.

Makanan utama kambing ialah rumput. Rumput ada banyak jenis. Tapi banyak juga sebenarnya rumput yang tidak boleh dimakan kambing..

Terdapat banyak jenis rekaan kandang kambing di Malaysia. Salah satu daripadanya ialah kandang kambing atas tanah. Mari baca dahulu..

Kambing-kambing ternakan tidak akan terlepas dari dijangkiti penyakit. Seorang penternak yg berjaya, harus mengenali jenis-jenis ubat untuk kambing.

Ramai penternak di Malaysia tak lepaskan peluang menternak haiwan ini. Kita akan kongsikan beberapa pengalaman penternakan kambing yg berjaya..

Industri penternakan kambing terbahagi kepada dua bahagian. Dalam artikel kali ini kita akan membincangkan mengenai cara ternak kambing pedaging.

Leave a Comment

error: Content is protected !!