Pengalaman Penternakan Kambing

Menternak kambing merupakan bisnes yg juga boleh dijadikan hobi dimasa lapang. Kambing merupakan salah satu haiwan yang sangat mudah membiak dan senang diternak. Oleh sebab itu, ramai penternak di negara kita yang tidak melepaskan peluang untuk menternak haiwan ini. Kali ini, kita akan kongsikan beberapa kisah dan pengalaman penternakan kambing di bawah.

Pengalaman Penternakan Kambing

Kambing juga merupakan haiwan ternakan Rasulullah SAW, jadi sebab itu di negara kita yang mempunyai majoriti beragama Islam ini, mereka menternak kambing adalah kerana ingin mengikuti sunnah Rasulullah SAW. Menternak kambing mempunyai pelbagai kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri. Daging dan susu kambing adalah satu produk yang sangat laku di pasaran.

Jadi sebab itulah pengembala kambing mampu memperoleh pulangan yang lumayan hanya dengan hasil mereka menternak kambing. Oleh kerana kelebihannya yang banyak, ramai penternak-penternak baharu yang memulakan perniagaan penternakan kambing ini.

Mereka juga menjadikan pengembala-pengembala yang berjaya sebagai ikutan dan sandaran mereka dalam menternak kambing. Didalam artikel ini, akan disampaikan 4 pengalaman penternakan kambing oleh pengembala yang telah menceburi penternakan ini dengan jayanya.

Pengembala Kambing yang Pintar

Seorang wanita yang bernama Ina Syazana Ishak yang berumur 30 tahun langsung tidak malu dalam menceburi bidang perniagaan kambing ini. beliau juga merupakan salah seorang daripada pelajar cemerlang yang memperolehi Anugerah Naib Canselor di sebuah universiti tempatan. Menurut beliau, beliau tidak berasa malu malah berasa bangga kerana menternak kambing.

Beliau bertekad untuk mengembala kambing sendiri kira-kira 2 tahun yang lalu selepas beliau menimba ilmu tentang penternakan di pusat ternakan kambing selama tiga tahun. Beliau tidak menafikan dengan kata-kata orang yang mendakwa beliau membazir masa belajar tinggi-tinggi tetapi akhirnya mengembala kambing.

Namun bagaimanapun, beliau langsung tidak mengendahkan kata-kata tersebut. Pada peringkat awal penternakannya, dia bermula dengan menternak empat ekor kambing, namun kini ianya telah membiak sehingga 13 ekor. Beliau juga bertekad untuk terus menambah bilangan kambing-kambingnya dan membiakkan lebih banyak baka kambing.

Selain itu juga, Ina Syazana juga menyifatkan pekerjaannya sebagai sunnah dan tidak menghiraukan kata-kata orang sebaliknya mengambil kata-kata tersebut sebagai dorongan dan semangat untuk dia meneruskan kerjayanya.

Menurutnya lagi dia sememangnya sangat berminat di dalam bidang penternakan kambing. Beliau menghabiskan masa 3 tahun untuk mendalami ilmu menternak kambing di pusat penternakan kambing. Selepas beliau berhenti bekerja, beliau meneruskan bidang tersebut secara sendiri.

Ina Syazana turut berkata ia bermula dengan modal perniagaan sebanyak RM7000 untuk membina kandang kambing yang berhampiran dengan rumahnya. Ianya juga sangat bersyukur kerana mendapat sokongan daripada keluarganya. Di sepanjang pengalaman penternakan kambing yang dialaminya, beberapa kali juga haiwan-haiwan ternakannya itu mati.

Namun begitu, ia langsung tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan pekerjaannya itu. Kambing-kambingnya juga mempunyai nama-nama tersendiri seperti Bobby, Bobok, Adik dan Jojo. Beliau juga sentiasa mendapatkan nasihat daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar dalam memastikan kesihatan kambing-kambing ternakannya.

Bermula dari Hobi

Tidak kurang hebat juga dengan pengalaman penternakan kambing dua pemuda ini iaitu Irwan Shah Salleh, 30 dan Nur Khairul Azam Abu Kassim, 28 yang dahulunya hanya menjadikan aktiviti menternak kambing sebagai hobi mereka. Mereka berdua adalah anak kelahiran di Kampung Melayu, Pontian Besar kini memiliki ladang ternakan sendiri yang dikenali sebagai Mexico Farm.

Mexico Farm ini berkeluasan seluas 1.6 hektar dan ia merupakan tanah milik datuk mereka. Menurut mereka sepanjang pengalaman menternak kambing, mereka mula menternak kira-kira tiga ekor kambing sebelum mereka membuka ladang ternakan. Selain itu juga, mereka dibantu oleh bapa saudaranya yang dikenali sebagai Mustafa Robani, 54 tahun.

Bapa saudara mereka memberikan modal sebanyak RM60000 untuk membersihkan belukar dan membina ladang kambing di atas tanah datuk mereka. Menurut mereka lagi, selepas setahun, mereka mempunyai 42 ekor kambing dari kepelbagaian baka seperti boer, jamnapari, biri-biri dan saanen.

Di ladang itu juga, mereka menghasilkan produk tenusu iaitu susu kambing segar selain daripada daging kambing. Mereka juga menyediakan kambing bagi majlis akad nikah atau kenduri yang lain. Selain itu, mereka juga di dalam perancangan membesarkan lagi ladang serta ingin menambah jumlah ternakan hingga mencapai 200 ekor.

Mereka juga merancang untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai eko pelancongan termasuklah hasrat ingin membangunkan sebuah restoran yang menghidangkan makanan berasaskan daging segar kambing dari ladang.

Tauke kambing dari Sabak Bernam

Nizar Nabawi berusia 25 tahun ketika itu, yang kini telah menjadi pemilik kepada RezkiRich Farm menceritakan pengalaman penternakan kambing. Beliau menceritakan mengenai susah senangnya pada zaman dahulu ketika awal-awal beliau ingin mengusahakan ternakan kambing bersama rakannya sejak hujung tahun 2013.

Beliau tidak menafikan begitu banyak cabaran yang perlu ditempuhinya. Baginya, tempoh yang paling getir adalah sewaktu 5 bulan pertama ketika beliau masih tercari-cari ruang pasaran. Tidak dinafikan, beliau juga pernah terdetik untuk berputus asa. Tetapi, beliau tetap tidak mengalah.

Beliau juga menjelaskan caranya mengurus cabaran tersebut adalah dengan berdamping rapat dengan mereka yang lebih berpengalaman darinya. Beliau juga ada menyertai kursus-kursus dari Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Selepas itu, beliau mempraktikkan ilmu yang telah dipelajarinya seperti selok-belok pemasaran, perakaunan dan penjenamaan.

Kini, Nizar mampu menarik nafas lega dengan hasil jualan RM20 ribu hingga RM30 ribu sebulan. Banyak syarikat yang menawarkan khidmat sembelih, melapah daging, aqiqah, catering dan lain-lain. Anak muda itu juga berhasrat untuk mempelbagaikan lagi produk berasaskan kambing seperti T-Shirt atau stiker kereta. Beliau juga ingin membantu orang lain di dalam berniaga.

Rezeki Ternak Kambing

Pengalaman penternakan kambing yang terakhir adalah mengenai Husnizar Hussin yang mampu untuk menjana pendapatan yang lumayan sehingga menjangkau RM9000 sebulan. Husnizar Hussin merupakan seorang bekas peniaga kedai makan yang berusia 38 tahun. Bermula dengan sepasang kambing jantan dan betina yang diternaknya pada tahun 2003, kini beliau telah memiliki 140 ekor kambing.

Beliau menjelaskan dengan komitmen yang bersungguh-sungguh, ternakan kambingnya mampu menghasilkan pendapatan yang lumayan sehingga RM9000 sebulan. Menurutnya, selepas perniagaan kedai makannya tidak mendapat sambutan, beliau mula menjinak-jinak dengan ternakan kambing tanpa ada memohon pinjaman atau bantuan daripada mana-mana pihak.

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Perlis (JPV) turut menyumbang mesin memerah dan mempastur susu. Beliau juga berkata sumbangan mesin tersebut lebih memudahkan kerjanya sehingga dapat memerah 22 liter susu sehari dan diedarkan di luar kawasan Perlis. Beliau juga menjual daging kambing segar secara borong. Sebotol 500ml susu kambing dijual dengan harga RM8.

Kesimpulan

Demikian beberapa pengalaman penternak-penternak kambing yang bermula dari bawah dan berjaya hingga ke atas. Mereka memerlukan semangat dan usaha yang gigih untuk penternakan ini selain ilmu pengetahuan juga mencukupi tentang bidang ini.

Oleh itu, diharapkan pengalaman menternak kambing mereka ini dapat dijadikan contoh kepada penternak-penternak baru yang ingin menjinak-jinak di dalam bidang ini.

Panduan Memulakan Penternakan Kambing

Penternakan kambing memang kerjaya yg menjanjikan pulangan yg lumayan kalau kena caranya. Bagi korang yg berminat menternak kambing dan serius menambah pengetahuan. Korang digalakkan mendapatkan rujukan di bawah:

Panduan memulakan penternakan kambing

Semoga berjaya kepada bakal-bakal penternak kambing sekalian.

Penutup

Korang minat nak ternak kambing kampung? Idea yg bagus! Tapi sebelum tu, baca dulu cara ternak kambing kampung yg betul ini. Jgn main hentam saja..

Penjagaan kambing boleh dikatakan ‘agak’ mudah tetapi ‘banyak’ juga yg perlu dibuat. Jom baca beberapa cara penjagaan kambing ini..

Umum mengetahui makanan utama kambing adalah rumput. Tapi tahukah korang, banyak lagi sebenarnya makanan kambing selain rumput? Ayuh ketahuinya di sini..

Susahlah bela kambing. Kena ada modal besar. Kena buat kandang lagi. Tapi tahukah orang, sebenarnya boleh aje bela kambing kecil-kecilan. Tak percaya?

Setiap perniagaan ada risiko. Begitu juga bidang ternakan kambing. Terdapat masalah penternakan kambing. Ketahui satu persatu & cara atasinya..

Secara asas, modal ternak kambing terbahagi kepada dua bahagian. Yang pertama, kos permulaan. Yang kedua ialah kos operasi. Baca selanjutnya..

Kambing jamnapari sejenis kembing dwifungsi. Dwifungsi adalah boleh menghasilkan susu dan pendaging. Jom kenali baka istimewa ini..

Kalau tanya jenis kambing di dunia tak cukup mukasurat ingin diceritakan. Jenis-jenis kambing di Malaysia pun banyak. Ini 10 jenis yg popular.

Makanan utama kambing ialah rumput. Rumput ada banyak jenis. Tapi banyak juga sebenarnya rumput yang tidak boleh dimakan kambing..

Terdapat banyak jenis rekaan kandang kambing di Malaysia. Salah satu daripadanya ialah kandang kambing atas tanah. Mari baca dahulu..

Kambing-kambing ternakan tidak akan terlepas dari dijangkiti penyakit. Seorang penternak yg berjaya, harus mengenali jenis-jenis ubat untuk kambing.

Leave a Comment

error: Content is protected !!