Cara Ternak Kambing Kampung

Assalamualaikum dan Salam sejahtera korang. Kambing kampung? Yup.. Kali ni kita berbual mengenai kambing kampung. Kambing kampung dikenali sebagai baka kamping pedaging. Kerana ia diternak disebabkan daging. Tidak kerana susu, sebab susu kambing kampung sangat sedikit. Tidak terlalu rumit nak ternak kambing kampung. Tapi ada cara ternak kambing kampung yang khusus, dan yang penting utk diketahui.

Cara Ternak Kambing Kampung

Dan cara ternak kambing kampung adalah ringkas. Kambing kampung juga jinak dan mudah dijaga. Ia makan rumput dan dedaun hijau. Makanan tambahan hanya sekadar. Sekali atau dua kali setahun sahaja. Itupun bertujuan agar isinya gemuk dan sihat.

Untuk kambing yg bakal dijual memang sesuai diberikan suplemen tersebut. Haiwan ni memang mudah dan tak banyak ragam tentang pemakanan. Itu yang menjadikan kambing kampung menjadi pilihan ramai untuk diternak.

Untuk menternak juga tidak perlu besar modalnya. 10 ekor kambing pun sudah boleh memulakan usaha penternakan ini. Kambing kampung ini mudah ditemui dan berbadan kecil dan pendek. Kambing kampung mempunyai sepasang tanduk, lentur ke atas dan ke belakang. Warna bulunya hitam dan coklat. Ada juga kambing kampung yang berwarna putih bulunya.

Harga kambing kampung

Berikut adalah anggaran harga kambing kampung:

BAKA KAMBINGHARGA SEEKOR (RM)
         BERAT 10 – 15KG330.00
         BERAT 16 – 20KG440.00
         BERAT 21 – 30KG660.00
         BERAT 31 – 40KG880.00

Nota: Ini hanya anggaran sahaja. Harga sebenar korang kena berhubung dengan pembekal.

Manakala, harga seekor kambing untuk akikah dan korban boleh mencecah RM1,000 hingga RM1,800 kerana kebanyakannya adalah baka import. Ini harga sekitar bulan Jun-Julai 2022 lalu. Rasanya, kini dah naik sikit lagi.

Kandang kambing kampung

Cara ternak kambing kampung yg paling basic ialah menyediakan kandang. Di sekeliling kandang mesti kukuh dan kuat. Kerana kambing suka menyondol kandang. Kandang dan pagar boleh dibina dengan panel lembu, dawai dikimpal dan sebagainya. Yang bersesuaian la.

Kandang yang disediakan pula mesti banyak ruang. Ruang yang diperlukan adalah untuk keselesaan kambing kampung tersebut. Kambing kampung memerlukan ruang kerana ia akan berlari,dan bergaduh jika ruang sempit. Ia membahayakan kerana kambing kampung boleh mengamuk. Jika kambing mengamuk, ia berisiko merosakkan kandang dan mematahkan tanduknya.

Kawasan di setiap sudut dan ada ruang tempat tidur untuk setiap kambing. Mereka boleh tidur sekali tapi tidak berhimpit.

makanan kambing kampung

Kemudian, tentang makanannya. Makanan pula perlu disediakan secukupnya. Kenapa secukupnya? Jangan korang fikir, setakat memberi rumput sahaja sudah mencukupi. Tidak. Ia kerana kambing kampung banyak makan, dan disebabkan itu suplemen tambahan diperlukan.

Korang perlu sediakan makanan yang banyak di tempat makan kambing. Sebabnya kambing makan tidak mengikut masa. Makanan sentiasa ada supaya kambing-kambing tidak kelaparan. Ada juga penternak memberi makanan atau ubat makan kenyang selama dua hari.

Kaedah memberi makanan kambing kampung

Ada dua kaedah pemberian makanan kambing kampung. Apa tu? Kaedah intensif atau kaedah ekstensif. Kaedah pertama ialah cara intensif. Kaedah Intensif ini cara yg paling banyak dipraktikkan oleh para penternak. Kambing dikurung dan makanan dibawa ke kandang. Ia memudahkan kambing dan penternak.

Penternak tidak penat dan kerjanya menjadi cepat. Cara yang intensif ini amat popular dan diguna pakai oleh ramai penternak terutama di Malaysia. Mungkin korang juga akan guna cara ini.

Kaedah ekstensif pula jarang diguna pakai kerana kambing kampung korang berisiko hilang. Kaedah ekstensif adalah melepaskan kambing untuk mencari makanan sendiri. Ramai penternak yang sudah menggunakan cara ekstensif ini menggeleng kepala kerana mengalami kerugian.

Kerugian kerana kambing hilang akibat sesat dan tidak pulang semula ke kandang. Mungkin telah disembelih oleh jiran hehe.

Disebabkan itu ramai penternak lebih suka mengamalkan kaedah memberi makanan kambing kampung cara pertama iaitu insentif.

Selain itu, air juga diperlukan. Memberi air yang bersih untuk diminum. Bekas air juga sentiasa perlu penuh.

Rawatan penyakit kambing

Sebelum korang membeli kambing, buat pemeriksaan dulu. Ini memastikan agar kambing yang dibeli tidak dalam keadaan sakit.

Ada juga pembekal yang ingin lepas tangan. Menjual kambing yang sakit. Ibarat melepaskan batok di tangga. Jadi korang mesti pandai dan berhati-hati.

Kambing yang sakit boleh menjangkiti kambing yang lain. Jika semua dijangkiti penyakit, korang akan mendapat kerugian besar. Tetapi jika baru mendapat penyakit, masih boleh diubati. Masih boleh dijaga.

Persediaan penyakit kambing

Jika selepas korang membeli kambing yang sihat, tapi diuji dengan penyakit kambing. Korang jangan gusar. Peratus untuk kambing sakit ialah 5% sahaja. Jadi ternak dengan baik dan caranya dengan betul, semoga kambing korang tidak kena penyakit kambing.

Namun jika terkena juga, segera jumpa doktor haiwan dan dapatkan penawar. Atau boleh sahaja beli ubat di klinik haiwan kerana masih belum terlewat. Jangan terus sembelih pula. Hehe.. Melainkan memang korang nak buat lauklah.

Korang perlu tahu kambing kampung ada penawar jika cepat dan dikesan awal. Kambing kampung adalah satu haiwan yang sukar untuk dapat penyakit.

Namun, ia bukanlah jaminan bahawa kambing kampung tidak akan mendapat sakit. Jadi, bersedialah sentiasa bagi sebarang kemungkinan penyakit atau dugaan mendatang.

Jimat kos dan cara ternak yang senang

Cara ternak kambing kampung mudah, menjimatkan kos dan boleh dijaga dengan cara tersendiri. Cara tersendiri? Bagaimana? Maksud cara tersendiri ialah korang bebas melakukan cara ternak kambing kampung yg korang rasakan sesuai di kampung korang.

Kerana kambing kampung ni tidak cerewet. Tiada pantang larang selain jangan memandikannya hehe. Sebab itu kalau orang tak suka mandi, digelar ‘kambing’. Kambing tidak suka basah atau mandi. Ia akan mengubah sikap kambing menjadi agresif dan pemarah.

Ada juga kambing sehingga kehilangan gigi, tanduk patah, kandang pecah dan sebagainya. Ini adalah tanda protes si kambing. Tapi apabila ia kering, ia akan kembali normal.

Tapi uniknya jika kambing basah kerana hujan, ia tidak melakukan protes yg keterlaluan. Seolah ia tahu hujan tidak disengajakan. Ada juga yang menyediakan kandang kambing berbumbung tinggi. Jadi sukar air hujan menembusi, cuma terkadang terkena juga tempias dek hujan yang lebat.

Kambing kampung bunting dan banyak susu

Korang tahu tak, kambing yang bunting atau yang ada banyak susu akan makan lebih banyak dari biasa? Ya betul. Ini kerana mereka memerlukan tenaga yang lebih. Disebabkan itu, korang kena pantau dan lawat kandang kambing setiap hari.

Dan untuk kambing yang bunting ni, korang perlu asingkannya apabila sudah hampir beranak. Tempat persediaan perlu disediakan lebih awal. Kerana kambing yang bunting agak sensitif. Ruang untuk anak kambing juga perlu disediakan.

Kambing kampung ini senang namun ia inginkan perhatian. Perhatian yang berbeza akan membuat ia cemburu hati. Wah, macam manusia pula. Betul, kambing mempunyai perasaan iri hati jika tuan memberi kasih sayang yang berbeza. Jadi cara ternak kambing kampung salah satunya beri kasih sayang samarata.

Tapi sebenarnya setiap penternak mesti ada yang lebih kasihnya. Kan. Dalam diam-diam, yang ni bagi suplemen. Yang ini tidak. Kan..

Untuk kebaikan, aku cadangkan jangan dipilih kasih dan jangan bagi kambing stress. Aku juga nasihatkan agar korang bersedia dalam semua aspek dan semua persediaan. Kerana jangan buat kerja sekerat jalan.

Sayang, banyak penternak yang sekerat jalan kerana tiada persediaan. Untuk bakal penternak, korang jangan risau kerana tidak berpengetahuan. Kursus akan diberikan oleh pihak berwajib. Dan satu lagi, korang kena rajin mencari ilmu.

Zaman sekarang semua dihujung jari. Ada juga ilmu yang perlu dibayar untuk mengajar erti penghargaan. Dan dengan cara itu korang menghargai ilmu-ilmu tersebut.

ebook ternak kambing

Bagi korang yg berminat menternak kambing dan serius menambah pengetahuan. Korang disarankan mendapatkan ebook ternak kambing di bawah:

Panduan penternakan kambing

Semoga berjaya pada bakal-bakal penternak kambing sekalian.

Penutup

Penjagaan kambing boleh dikatakan ‘agak’ mudah tetapi ‘banyak’ juga yg perlu dibuat. Jom baca beberapa cara penjagaan kambing ini..

Umum mengetahui makanan utama kambing adalah rumput. Tapi tahukah korang, banyak lagi sebenarnya makanan kambing selain rumput? Ayuh ketahuinya di sini..

Susahlah bela kambing. Kena ada modal besar. Kena buat kandang lagi. Tapi tahukah orang, sebenarnya boleh aje bela kambing kecil-kecilan. Tak percaya?

Setiap perniagaan ada risiko. Begitu juga bidang ternakan kambing. Terdapat masalah penternakan kambing. Ketahui satu persatu & cara atasinya..

Secara asas, modal ternak kambing terbahagi kepada dua bahagian. Yang pertama, kos permulaan. Yang kedua ialah kos operasi. Baca selanjutnya..

Kambing jamnapari sejenis kembing dwifungsi. Dwifungsi adalah boleh menghasilkan susu dan pendaging. Jom kenali baka istimewa ini..

Kalau tanya jenis kambing di dunia tak cukup mukasurat ingin diceritakan. Jenis-jenis kambing di Malaysia pun banyak. Ini 10 jenis yg popular.

Makanan utama kambing ialah rumput. Rumput ada banyak jenis. Tapi banyak juga sebenarnya rumput yang tidak boleh dimakan kambing..

Terdapat banyak jenis rekaan kandang kambing di Malaysia. Salah satu daripadanya ialah kandang kambing atas tanah. Mari baca dahulu..

Kambing-kambing ternakan tidak akan terlepas dari dijangkiti penyakit. Seorang penternak yg berjaya, harus mengenali jenis-jenis ubat untuk kambing.

Ramai penternak di Malaysia tak lepaskan peluang menternak haiwan ini. Kita akan kongsikan beberapa pengalaman penternakan kambing yg berjaya..

Industri penternakan kambing terbahagi kepada dua bahagian. Dalam artikel kali ini kita akan membincangkan mengenai cara ternak kambing pedaging.

Projek ternakan kambing amat menguntungkan walaupun secara kecil-kecilan! Jom lihat 5 cara penternak kambing menjana keuntungan lumayan.

1 thought on “Cara Ternak Kambing Kampung”

Leave a Comment

error: Content is protected !!