Ternak Kambing Pedaging

Apakah itu kambing pedaging? Kambing pedaging adalah kambing yang diternak oleh pengembala-pengembala kambing bagi tujuan untuk mendapatkan daging kambing tersebut. Di Malaysia, industri penternakan kambing terbahagi kepada dua bahagian iaitu bertujuan mendapatkan daging kambing atau menghasilkan susu. Oleh itu, di dalam artikel kali ini kita akan membincangkan mengenai cara ternak kambing pedaging.

Ternak Kambing Pedaging

Setiap kambing mempunyai baka-baka yang tersendiri. Oleh itu, bagi baka kambing yang dapat menghasilkan daging yang baik dan selalu diternak oleh pengembala adalah baka kambing jenis Katjang, Jamnapuri, Boer dan Anglo Nubian. Baka-baka ini adalah baka pedaging terbaik yang diimport dari luar negara.

Baka-baka ini akan disalingbiakkan dengan baka tempatan bagi memperoleh anak kambing yang cepat membesar, daya tahan penyakit yang tinggi dan juga tahan kepada cuaca. Kambing kacukan ini ialah baka-baka kambing yang boleh digunakana untuk keluaran daging yang baik. Ciri-ciri kambing pedaging juga adalah mereka mempunyai badan yang padat jika ingin dibandingkan dengan baka-baka kambing susu.

Keperluan Kandang

Untuk ternak kambing pedaging, ianya memerlukan kandang dengan saiz yang sesuai dengan jumlah ternakan. Dicadangkan untuk ternak kambing pedaging secara komersial. Kandang yang dibina adalah berukuran 100 kaki X 40 kaki dengan ketinggian sekurang-sekurangnya 5 kaki daripada paras tanah yang dapat menampung bilangan kambing dalam lingkungan 250 ekor. Kiraan berikut sesuai untuk baka kambing Jamnapuri. Dalam penternakan yang memelihara 10 ekor kambing Jamnapuri, ianya memerlukan kandang seluas 15m.

Pembiakan

Memelihara kambing baka dan mendapatkan anak untuk dipelihara, digemuk dan dijual untuk pengeluaran daging. Memelihara anak-anak kambing terutamanya jantan dari umur seawal 6 bulan hingga setahun atau setahun setengah dengan berat badan menjangkau sekurang-kurangnya 25 kg sebelum dijual untuk sembelihan.

Cara pemeliharaan

Cara pemeliharaan untuk ternak kambing pedaging meliputi dengan cara pemilihan kawasan. Kawasan-kawasan yang dipilih haruslah mempunyai tempat teduh dan redup seperti pokok-pokok besar dan juga pokok yang boleh dijadikan pemecah angin.

Selain itu juga, kawasan tanah yang tinggi dan dataran serta mempunyai sistem pengaliran air dan udara yang baik juga sangat dititikberatkan bagi ternak kambing pedaging. Oleh sebab itu, kawasan juga harus jauh dari kesesakkan jalan raya.

Sistem Pengurusan

Terdapat 3 sistem pengurusan untuk ternak kambing pedaging. Antaranya ialah sistem berkurung, sistem separuh berkurung dan juga sistem ragut lepas.

1.Sistem berkurung

Sistem ini memerlukan perumahan yang sempurna kerana kambing-kambing tidak akan dilepaskan untuk meragut. Makanan dan minuman harus dibawa kepada mereka. kebiasaannya sistem ini diguna pakai oleh penternak yang tidak mempunyai kawasan ragut sendiri. Ataupun, ianya untuk ibu-ibu kambing yang akan beranak dan selepas beranak.

Oleh kerana kambing berkurung di dalam kandang dan tidak lepas langsung, kemungkinan jangkitan penyakit terhadap haiwan-haiwan itu adalah tinggi. Memastikan kandang sentiasa bersih haruslah menjadi keutamaan. Selain daripada itu juga, kambing akan mudah untuk diawasi untuk tujuan rawatan dan pengesanan daripada penyakit.

2.Sistem separuh berkurung

Pemeliharaan kambing pedaging secara sistem ini adalah dilakukan dengan melepaskan kambing pada siang hari dan dikurung di dalam kandang pada waktu malam. Sistem ini mempunyai faedah dan kelebihan tersendiri dimana ia mendapat perlindungan pada malam hari dan juga dari cuaca yang buruk.

Kambing-kambing pedaging juga diberikan kebebasan untuk meragut rumput dan herba-herba yang lebih baik. Pemeriksaan penyakit kepada kambing-kambing ini dijalankan ketika kambing-kambing sudah masuk ke kandang pada malam hari.

3.Sistem ragut lepas

Sistem ragut lepas ini boleh dipakai jika terdapat kawasan padang ragut yang luas. Kambing-kambing yang diternak menggunakan sistem ini tidak disimpan di dalam kandang malah dibiarkan meragut sepanjang masa.

Walaupun sistem ternak ini menjimatkan kos kerana tidak perlu membina kandang, tetapi ianya tidak digalakkan kerana kambing-kambing yang dilepaskan tidak dapat diawasi dengan cermat oleh pengembala dan berisiko kepada kambing-kambing tersebut untuk pergi merayau dan merosakkan tanaman jiran-jiran.

Sistem Pemakanan

Selain itu, untuk ternak kambing pedaging, sistem pemakanan yang diberikan kepada kambing pedaging juga haruslah dipandang penting oleh penternak. Kambing-kambing pedaging juga memerlukan nutrisi yang cukup sama seperti manusia. Kambing pedaging memerlukan makanan seimbang yang mengandungi zat-zat nutrien seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan juga garam mineral.

Kekurangan zat-zat di dalam pemakanan akan membawa kepada masalah kesihatan di dalam jangka masa yang panjang. Secara tidak langsung ia akan menjejaskan prestasi kambing pedaging dan juga projek ternak kambing pedaging. Kebanyakan penternak memperuntukkan sebahagian kawasan untuk tanaman makanan ternakan terutamanya Rumput Napier dan jagung.

Walaupun demikian, terdapat tanaman lain yang sesuai ditanam dan dijadikan sebagai makanan kepada kambing-kambing pedaging. Antaranya ialah rumput Guinea, rumput Humidicola, Setaria, Centrosema (tanaman kekacang), petai belalang atau daun nangka.

Selain daripada itu, penternak juga boleh menggunakan bahan-bahan makanan seperti hampas kacang soya, mil kacang, mil ikan sebagai protein sebagai sumber protein. Penggunaan hampas sagu rumbia, dedak padi, lebihan makanan seperti nasi juga boleh diberikan sebagai sumber tenaga.

Pemasaran

Pemasaran kambing pedaging seharusnya dikaji terlebih dahulu sebelum seseorang penternak itu memasuki pasaran dan sebelum operasi penternakan kambing pedaging dijalankan. Kemudian, timbangan hidup hendaklah digunakan sebagai asas jualan. Penternak juga harus tahu kaedah-kaedah pemasaran dan mendalami ilmu pemasaran kambing pedaging.

Kambing pedaging ini juga boleh dijual secara hidup kepada peraih atau butcher. Selain itu ianya juga boleh digunakan untuk aqiqah atau ibadah kurban. Terakhirnya, ia boleh dipasarklan secara tunai untuk jualan daging segar di runcit-runcit.

Kesimpulan

Di atas merupakan beberapa cara ternak kambing pedaging yang boleh dirujuk oleh penternak-penternak baru yang ingin menjinak-jinak di dalam industri penternakan kambing ini. Sebenarnya kambing pedaging ini senang dipasarkan dan dijual kerana kini telah ramai peminat di seluruh Malaysia yang menggemari daging kambing dan ada juga yang menjadi penternak kambing kerana gemarkan daging kambing.

Panduan Memulakan Penternakan Kambing

Penternakan kambing memang kerjaya yg menjanjikan pulangan yg lumayan kalau kena caranya. Bagi korang yg berminat menternak kambing dan serius menambah pengetahuan. Korang digalakkan mendapatkan rujukan di bawah:

ebook ternak kambing - panduan memulakan penternakan kambing

Semoga berjaya kepada bakal-bakal penternak kambing sekalian.

Penutup

Korang minat nak ternak kambing kampung? Idea yg bagus! Tapi sebelum tu, baca dulu cara ternak kambing kampung yg betul ini. Jgn main hentam saja..

Penjagaan kambing boleh dikatakan ‘agak’ mudah tetapi ‘banyak’ juga yg perlu dibuat. Jom baca beberapa cara penjagaan kambing ini..

Umum mengetahui makanan utama kambing adalah rumput. Tapi tahukah korang, banyak lagi sebenarnya makanan kambing selain rumput? Ayuh ketahuinya di sini..

Susahlah bela kambing. Kena ada modal besar. Kena buat kandang lagi. Tapi tahukah orang, sebenarnya boleh aje bela kambing kecil-kecilan. Tak percaya?

Setiap perniagaan ada risiko. Begitu juga bidang ternakan kambing. Terdapat masalah penternakan kambing. Ketahui satu persatu & cara atasinya..

Secara asas, modal ternak kambing terbahagi kepada dua bahagian. Yang pertama, kos permulaan. Yang kedua ialah kos operasi. Baca selanjutnya..

Kambing jamnapari sejenis kembing dwifungsi. Dwifungsi adalah boleh menghasilkan susu dan pendaging. Jom kenali baka istimewa ini..

Kalau tanya jenis kambing di dunia tak cukup mukasurat ingin diceritakan. Jenis-jenis kambing di Malaysia pun banyak. Ini 10 jenis yg popular.

Makanan utama kambing ialah rumput. Rumput ada banyak jenis. Tapi banyak juga sebenarnya rumput yang tidak boleh dimakan kambing..

Terdapat banyak jenis rekaan kandang kambing di Malaysia. Salah satu daripadanya ialah kandang kambing atas tanah. Mari baca dahulu..

Kambing-kambing ternakan tidak akan terlepas dari dijangkiti penyakit. Seorang penternak yg berjaya, harus mengenali jenis-jenis ubat untuk kambing.

Ramai penternak di Malaysia tak lepaskan peluang menternak haiwan ini. Kita akan kongsikan beberapa pengalaman penternakan kambing yg berjaya..

Leave a Comment

error: Content is protected !!