Kambing-kambing ternakan tidak akan terlepas dari dijangkiti penyakit sama juga seperti manusia. Jika keadaan mereka tidak diurus dengan baik, mereka akan mudah dijangkiti oleh penyakit yang berbahaya. Hal ini demikian, adalah kerana menjadi tanggungjawab kepada seseorang penternak itu untuk memastikan haiwan ternakannya terjaga dari segi kesihatan fizikal dan mental. Seorang penternak yg berjaya, harus mengenali jenis-jenis ubat untuk kambing.
Isi Kandungan
Penternak juga bertanggung jawab untuk mencegah ternakannya dari terkena penyakit-penyakit yang sering melanda haiwan tersebut. selain itu, penternak juga harus bertindak untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya untuk kambing ternakan. Seseorang penternak itu haruslah mendalami ilmu tentang kesihatan dan penyakit kambing ternakan mereka.
Penternak juga perlu tahu rawatan dan ubat terbaik untuk diberikan kepada haiwan ternakan jika mereka menghidap penyakit. Oleh itu, artikel ini akan menghuraikan beberapa ubat untuk kambing yang boleh didapati oleh penternak. Ini juga adalah senarai ubat-ubatan asas yang penternak perlu sediakan sebelum memulakan penternakan kambing.
Prosanex
Prosanex ini merupakan ubat asas untuk luka berulat. Prosanex juga merupakan ubat luka yang sangat efektif, terutama untuk mengubat luka yang berulat. Prosanex juga merupakan semburan aerosol berwarna biru dan sangat mudah untuk digunakan.
Cara-cara untuk menggunakannya ialah keluarkan dan bersihkan dahulu sebarang ulat yang anda di dalam luka ternakan kambing. Kemudian disembur terus ke bahagian luka. Elakkan semburan ini dari terkena mata, hidung dan mulut ternakan. Untuk ubat ini dijual dengan harga RM39 di pasaran.
Tetravet
Ubat untuk kambing yang seterusnya ialah Tetravet atau dikenali sebagai ubat puru. Ubat ini digunakan untuk ternakan kambing yang menghidap penyakit puru.
Penyakit puru pada kambing ialah penyakit yang disebabkan oleh virus yang kerap menyerang anak-anak kambing yang masih lagi menyusu dan membuatkan mereka menjadi lemah, kurus dan tidak mahu makan.
Ubat tetravet ini berupa sebuah semburan berwarna ungu, ubat ini sangat efektif digunakan untuk merawat penyakit puru terutamanya yang menyerang mulut ternakan.
Vaksin untuk Pelalian Pneumonia
Selain itu, vaksin juga adalah sangat penting untuk kambing ternakan. Ia juga merupakan ubat untuk kambing yang mampu untuk melawan penyakit yang melanda kambing ternakan. Vaksin ini sangat penting untuk diberikan kepada haiwan ternakan.
Hal ini kerana ia sangat bagus dalam membantu pencegahan dari gejala pneumonia, merawat kambing cirit birit, kegagalan fungsi buah pinggang, penyakit kancing gigi dan juga jangkitan melalui tali pusat. Nama vaksin tersebut ialah Heptavac-P.
Cara merawat kambing cirit birit menggunakan vaksin Heptavac-P ini ialah dengan suntikan ke bawah kulit di bahagian tengkuk, diberi kepada kambing berusia 3 minggu dan ke atas.
Terdapat 3 dos yang perlu dicucuk iaitu dos 1 ialah sekitar 2 ml diberi untuk setiap ekor kambing, dos booster awal pula diberikan 2 ml 2-3 minggu selepas dos 1 diberikan.
Setelah itu, dos booster ketiga pula diberi dalam jangkamasa tidak melebihi 12 bulan. Harga untuk vaksin ini ialah RM400 sebotol dalam kandungan 250 ml
Ubat cacing untuk kambing
Ubat untuk kambing seterusnya ialah dectomax atau lebih dikenali sebagai ubat cacing untuk kambing. Penyakit cacing sangat biasa berlaku di kalangan kambing ternakan. Hal ini kerana ada sesetengah kambing yang memakan rumput-rumput yang tercemar najis ternakan lain yang ada cacing tersebut.
Cara penggunaan ubat cacing untuk kambing ini adalah dengan menyuntik ke dalam otot kambing ternakan. Ubat ini juga diberikan kepada kambing yang induk yang bunting.
Cidection
Ubat untuk kambing ini digunakan untuk ubat parasite bagi membasmi kutu, kurap begitu juga dengan cacing. Ia juga di kenali sebagai ubat 3 serangkai iaitu boleh digunakan untuk kutu, kurap dan juga cacing. Ianya adalah jenis sapuan.
Cara penggunaannya adalah dengan melumurkan di atas kulit kambing ternakan dan disapu di celah-celah bulu ternakan. Menggunakan ubat ini kambing anda tidak perlukan suntikan kerana ia adalah merupakan alternative kepada suntikan. Harganya di pasaran adalah bernilai RM270 dengan kandungan 250 ml.
Sulphadimidine
Ubat untuk kambing seterusnya ialah sulphadimidine. Ia merupakan ubat untuk merawat coccidiosis sejenis protozoa. Ubat ini berkesan bagi melawan protozoa degil yang sukar untuk dirawat dengan menggunakan ubat cacing biasa.
Tanda-tanda untuk penyakit ini yang dihadapi oleh kambing ternakan adalah badan kambing tersangat kurus dan badannya kelihatan cengkung, tidak pulih walaupun sesudah diberi rawatan terhadap jangkitan kutu, kurap dan cacing. Ubat ini adalah ubat cecair oral iaitu diberi minum terus ke mulut haiwan yang dijangkiti itu.
Ubat ini juga perlu diberi secara berulang setiap hari untuk tempoh 2 minggu hingga 1 bulan. Harga sebotol bagi ubat ini di pasaran adalah bernilai RM 35 dengan kandungan 500 ml.
Ubat kambing selsema
Seterusnya, ubat untuk kambing yang asas dan perlu ada ialah antibiotic. Antibiotic adalah untuk merawat jika kambing menghidap selsema dan lain-lain.
Antibiotic merupakan ubat yang asas dan sering digunakan untuk kambing yang menghadapi symptom seperti kurang selera makan, selsema, kurang cergas dan sebagainya. Antara antibiotic yang yang popular diberikan kepada kambing-kambing ialah Terramycin.
Kesimpulannya, di atas adalah beberapa ubat yang asas dan perlu ada sebagai persediaan kepada penternak yang ingin menternak kambing. Namun begitu, jika ubat-ubat ini tidak berkesan adalah lebih baik kepada penternak untuk merujuk veterinar bagi mendapat rawatan yang lebih lanjut.
Panduan Memulakan Penternakan Kambing
Penternakan kambing memang kerjaya yg menjanjikan pulangan yg lumayan kalau kena caranya. Bagi korang yg berminat menternak kambing dan serius menambah pengetahuan. Korang digalakkan mendapatkan rujukan di bawah:
Semoga berjaya kepada bakal-bakal penternak kambing sekalian.
Penutup
Korang minat nak ternak kambing kampung? Idea yg bagus! Tapi sebelum tu, baca dulu cara ternak kambing kampung yg betul ini. Jgn main hentam saja..
Penjagaan kambing boleh dikatakan ‘agak’ mudah tetapi ‘banyak’ juga yg perlu dibuat. Jom baca beberapa cara penjagaan kambing ini..
Umum mengetahui makanan utama kambing adalah rumput. Tapi tahukah korang, banyak lagi sebenarnya makanan kambing selain rumput? Ayuh ketahuinya di sini..
Susahlah bela kambing. Kena ada modal besar. Kena buat kandang lagi. Tapi tahukah orang, sebenarnya boleh aje bela kambing kecil-kecilan. Tak percaya?
Setiap perniagaan ada risiko. Begitu juga bidang ternakan kambing. Terdapat masalah penternakan kambing. Ketahui satu persatu & cara atasinya..
Secara asas, modal ternak kambing terbahagi kepada dua bahagian. Yang pertama, kos permulaan. Yang kedua ialah kos operasi. Baca selanjutnya..
Kambing jamnapari sejenis kembing dwifungsi. Dwifungsi adalah boleh menghasilkan susu dan pendaging. Jom kenali baka istimewa ini..
Kalau tanya jenis kambing di dunia tak cukup mukasurat ingin diceritakan. Jenis-jenis kambing di Malaysia pun banyak. Ini 10 jenis yg popular.
Makanan utama kambing ialah rumput. Rumput ada banyak jenis. Tapi banyak juga sebenarnya rumput yang tidak boleh dimakan kambing..
Terdapat banyak jenis rekaan kandang kambing di Malaysia. Salah satu daripadanya ialah kandang kambing atas tanah. Mari baca dahulu..